ADEH!
Lenguh bahu tak ingat dunia punya! Baru seminggu masuk kelas, dah macam-macam assignment datang. Aku fikirkan belajar
DPLI ni relaks sikitlah dari pelajar
biasa, sebab tempoh singkat je. Rupa-rupanya sama seksa, tak pun lagi seksa adalah.
Semua nak dikompak sekaligus, jadinya banyaklah tugasan yang perlu dilaksanakan
dalam tempoh masa yang singkat.
Ahhhh!
Aku tekup muka pada meja belajar di dalam bilik belajar yang Hadif sediakan khas
untuk aku. Katanya, alang-alang ada bilik kosong, elok dijadikan bilik belajar
sementara aku masih belajar dan kami belum ada anak. Esok-esok dah ada anak,
barulah boleh ubah semula bilik ini, itupun kalau bilik-bilik lain dah penuh
la. Amboi, macam la ramai sangat anak kami nanti. Hehe. Opps! Belajar dulu
Deeba, jangan fikir pasal anak lagi, kang tak larat nak habiskan study kalau bawak perut. Mujur Hadif tak
mendesak, dia suruh aku utamakan study
dulu.
Rasa macam tak larat nak buat kerja dah. Mata
ni dah kuyu macam apa aja. Jam dekat atas meja aku kerling. Dah hampir pukul
satu pagi.
“Banyak
lagi ke?” suara itu buat aku mengangkat wajah. Aroma Nescafe menerobos ke dalam
hidung. Wanginya! Mug yang Hadif pegang, diletakkannya di hadapanku sebelum dia
duduk di sebelahku.
“Minumlah
dulu, biar hilang mengantuk.” Hadif bersuara sambil tangannya sudah ligat
mengurut bahuku. Yes! Macam tau-tau je aku dah lenguh bahu.
“Tak
larat la, bang. Banyak betul assignment.
Waa!” aku tekup muka semula ke meja. Stress! Stress!
“Tak
apa, buat slow-slow. Ada yang tak
faham, esok bincang la dengan lecturer
dan kawan-kawan. Jangan paksa diri sangat.”
“Hmm..”
aku menggumam, namun mataku masih tumpah pada kertas assignment di hadapan. Seketika kemudian, aku beralih menghadap Hadif
yang masih setia di sisiku.
“Abang
pergilah tidur, dah lambat dah ni. Kang tak pasal-pasal, abang pulak mengantuk time nak mengajar.”
Hadif
sengih.
“Abang
tak mengantuk lagi. Lagipun, abang tak tenang nak tidur kalau Deeba tak ada kat
sebelah.”
“Ish,
mengadalah bang!” aku menepuk pahanya.
Hadif
ketawa kecil.
“Dahlah,
pergilah tidur. Abang dok sebelah Deeba ni, lagi Deeba tak boleh buat kerja
tau! Kang lagi lambat Deeba tidur.”
“Yelah,
abang tak kacau Deeba. Jangan tidur lewat sangat tau.”
“Ok...”
Hadif
bingkas bangun, mencium ubun-ubunku, sebelum bergerak meninggalkan bilik itu.
Aku menghantar Hadif dengan mata, sebelum berkalih memandang kertas itu semula.
Ahhh! Mari teruskan!
BILIK
tidur itu aku masuki dengan derap perlahan, tidak mahu mengejutkan Hadif yang
barangkali sudah belayar ke Selat Melaka. Tepat pukul dua setengah tadi, baru
siap assignment aku, itupun banyak
lubang-lubang, esok baru nak bincang dengan Ibtisam, Munirah, dengan Aiman.
Haih penat badan ni, tak usah cakap la. Aku nak bantal sekarang jugak!
“Dah
siap dah?”
“Astaghfirullah
hal azim!” Aku mengurut dada perlahan bila mendengar suara itu. Hadif pandang
aku dengan wajah tanpa riak di sebalik kesamaran cahaya lampu tidur itu.
“Laa,
kenapa abang tak tidur lagi ni?” aku menyoal seraya meletakkan beg kuliahku di
tepi meja solek, tempat yang biasa kuletak, mudah dicapai.
Hadif
sengih. Tafsir Al-Quran di tangannya, Hadif letak semula di atas meja tepi
katil.
“Belum
mengantuk.” Ujarnya pendek, tapi automatik juga mulutnya menahan kuap.
“Tu!
Tak mengantuk apanya tu?”
Hadif
ketawa sebaik kuapnya hilang.
“Abang
tunggu Deeba jugak ya! Kan Deeba suruh tidur dulu.” Aku menggumam kecil sambil
langkahku, kubawa ke katil. Bercekak pinggang di hadapan Hadif.
“Kan
abang cakap, abang tak tenang kalau Deeba tak ada kat sebelah. Kalau abang tak
tenang, mesti abang tak boleh tidur, sebab tulah abang tunggu Deeba.” Hadif
sengih.
“Iyelah
tu... Dah, abang tidurlah dulu. Lepas Deeba cuci muka, gosok gigi, Deeba terus
masuk tidur. Jangan risau. Deeba dah mengantuk gila-gila dah ni. Tengok mata
Deeba, mana boleh bukak dah ni.” aku mengunjuk ke arah mataku yang sudah sepet,
tak bisa diangkat.
Hadif
ketawa, sebelum menarik selimutnya.
“Yelah,
goodnite.” Matanya ditutup. Aku geleng
kepala, bibir dah mengukir senyum lebar. Macam manalah lelaki idaman Malaya ni,
boleh sayang aku sampai macam ni sekali? Ini namanya tuah ke, buang tebiat eh?
Tapi betul ke sayang ni? ke pura-pura je? Ah sempat lagi bisikan syaitan masuk
dalam hati aku. Nyah kau!
Ok!
Tak ada masa nak fikir. Aku nak tidur! Aku nak tidur! Baik cuci muka, gosok
gigi cepat. Bantal, tunggu aku!------------------------------
Assalammualaikum semua!
untuk ubatkan kerinduan (kalau ada yang rindu la. hahaah) AK tepek teaser 2 ini untuk tontonan umum. hehe. tp sebenarnya teaser 2 ni adalah kejadian sebelum teaser 1 hahaha. ok faham? lalalaa.
bila terbit? nantikan berita baik itu ya! insyaALLAH akan diumumkan kemudian. ^_____^
Suka? =)
xsabar nk tggu..hehehe...
ReplyDeleteAkak nak teaser konflik
ReplyDeleteerk kak. nak konflik, tunggu buku boleh? haha. kang tension pulak baca. muahahaaa
DeleteAkak suka....akak suka...
ReplyDeletememang betui2 tk sabar dek...heeheeee
ReplyDeleterindunyaaa♥♥
ReplyDeleteAih...xsbr nk tunggu buku dia...
ReplyDeletecepat la keluar buku pnye..tak sabar da tnggu nie,,
ReplyDelete=)
cepat2 la keluar buku pnye,,dah tak sabar tnggu nie,,
ReplyDelete=)
terima kasih terubat rindu kat cite nie huhuhu
ReplyDeleteX sbr la rasanya nk tg bk....
ReplyDeletebestest sangat !!!! tak sabarnya...
ReplyDeletesaya pembaca dari Indonesia..di Indonesia novelnya ada tidak?:)
ReplyDeletekite da bce..waaaa xtahan..da mule nk berangan jer nihh..ishhh untung la klu kisah dlm novel tu dpt jd realiti pd diri sndiri.. :D
ReplyDeleteposted by beruangmerahjambu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalo novel nie dijadikan drama,mesti meletup macam LYMA...
ReplyDeleteHeee.. bgai aku pulak yg jdi watak deeba! alangkah bhgianya klu ada husband mcm hadif! ^_<
ReplyDeleteSalam,AK. macamana nak beli buku cerita hadif n deeba ni? terbit 2013 kan...masih ada jual tak?or boleh beli dari AK je? kalau boleh,saya nak beli...tolong emelkan kat saya ye...
ReplyDeleteWslm. Nanti contact saya ya. Emel alieshakirana@gmail.com atau pm di fb or ig 😊
DeleteWslm. Nanti contact saya ya. Emel alieshakirana@gmail.com atau pm di fb or ig 😊
Delete