“APA
dah jadi ni? Apa awak buat pada Fatihah?” Hajar yang baru keluar dari bilik
sebaik mendengar suara jeritan Fatihah, tercengang sebaik melihat Fatihah
terjelepok di atas lantai di hadapan jejaka rumah sebelah yang sedang melutut
menghadapnya.
“Eh
saya tak buat apa pun. Dia yang tiba-tiba pengsan tengok saya.” Fahmi
mengangkat kedua belah tangannya tanda tidak bersalah.
Hajar
pantas mendekati Fatihah dan merangkul sahabatnya itu.
“Fatih,
Fatih! Kenapa dengan kau ni? Bangunlah Fatih!” Hajar menepuk-nepuk lembut pipi
Fatihah, membuatkan gadis itu kembali tersedar.
“Hmm.
Aku kat mana ni?” Fatihah seolah masih mamai. Wajah Hajar yang masih samar,
ditatapnya.
“Kau
kat rumah kita la. Kat mana lagi?”
“Hajar,
tadi aku nampak hantu.” Fatihah tiba-tiba bersuara dengan wajah yang pucat,
sebaik dia yakin yang orang di hadapannya itu Hajar.
“Hantu?”
dahi Hajar berkerut. Matanya sempat dijeling ke arah jejaka di hadapannya itu.
Fahmi sekadar angkat bahu sambil tersengih apabila dia merasakan gadis itu
sedang meminta penjelasannya.
“Ini
‘hantu’ kau?” Hajar menuding ke arah Fahmi di hadapan mereka.
Fahmi
tersengih seraya mengangkat jari telunjuk dan jari hantu, menjadi simbol peace sebaik Fatihah mendongak memandang
dia.
“Arghhh!
Hantu! Hantu!” Fatihah menekup mukanya pada lengan Hajar yang sedang
merangkulnya.
“Ish
kau ni Fatihah, itu kan jiran sebelah rumah kita ni.” Hajar cuba menenangkan
Fatihah yang seolah terkena histeria.
“Yang
awak ni pun satu.” Hajar menala pandangannya pada jejaka itu pula. “Kalau ia
pun nak pakai bedak sejuk, tak payahlah sampai putih serupa tepung gomak macam
ni sekali.”
Fahmi
terkulat-kulat. Pipinya disapu dengan tangan sebelum dahinya diketuk. Ish macam
manalah boleh terlupa yang tadi dia dah sapu bedak sejuk lepas mandi, nak
licinkan kulit yang tak berapa nak licin nilah katakan.
“Oh
sorry kak. Saya tak sengaja nak
terkejutkan kawan akak ni. Saya terlupa.” Dia menyengih.
“Ish
apa berakak pulak dia. Kami berdua muda lagilah!” Hajar menukas. Jejaka di
hadapannya itu menggaru kepala sambil menyengih macam kerang busuk. Tapi manis
juga senyumannya. Eh Hajar, suka-suka hati je kau nak puji-puji senyuman lelaki
lain, tahu dek Faiz, makan semburlah jawabnya. Haha.
“Oh
maaf, adik. Eh cik, saya tak tahu nama awak siapa. Sebab tu saya panggil akak
je, sebagai rasa hormat.” Fahmi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa
bersalah pun ada jugak ni.
Hajar
merenung tajam, cuba menafsir keikhlasan jejaka di hadapannya itu. Yang dia
nampak hanya sengihan yang tak hilang dari tadi. Mentang-mentang ada gigi taring,
asyik sengih je memanjang mamat ni sorang. Tapi entah kenapa, dia merasakan
yang jejaka itu orang yang baik-baik, dan tidak ada niat buruk.
Fatihah
yang masih dilanda rasa terkejut yang amat sangat, mula memberanikan diri untuk
membuka mata saat dirasakan Hajar asyik bersembang sakan secara selamba dengan
makhluk yang menyeringai depan muka Fatihah tadi.
Makhluk
itu ditatap dengan penuh fokus sebelum dia akhirnya dapat melihat wajah mamat
bermuka selenga itu di sebalik tempekan bedak sejuk yang memenuhi wajahnya.
“Awak?!?”
Fatihah menuding jari ke arah Fahmi dengan wajah yang cuba dibengiskan.
Perasaan takut itu sudah menjadi perasaan marah. Sudahlah dia memang dah jatuh
meluat dengan mamat ni, sekali dia diterkejutkan sampai macam ini sekali pula.
Geramnya membuak-buak. Fahmi terpinga-pinga bila disapa begitu.
“Awak
buat apa depan rumah kami malam-malam buta begini, hah?” lekas Fatihah menyoal
setelah dia bingkas duduk.
“Kan
baru pukul sembilan, mana ada malam buta lagi...”
“Ah
jangan nak buat lawak pulak. Tak lakulah lawak awak tu kat sini.”
Fahmi
menggaru-garu kepalanya, rasa bersalah kerana mengejutkan gadis di hadapannya
itu tadi masih belum hilang. Manalah dia tahu, niat suci murninya itu boleh
sebabkan seorang gadis diserang histeria.
“Ala, relakslah Fatih. Janganlah marah-marah,
cuba tanya elok-elok.” Hajar cuba menenangkan Fatihah yang asyik bad mood bila menghadap jiran sebelahnya
ini.
“Saya
cuma... errr...”
“Fahmi!”
laungan dari rumah sebelah membuatkan Fahmi berhenti berbicara dan ketiga-tiga
mereka mengalih pandang ke arah yang sama. Mak Ngah terjongol di muka pintu
rumahnya.
“Apa
yang bising-bising lagi tu?” Mak Ngah menyoal sambil langkahnya sudah diatur
menghampiri mereka. Fahmi cuma diam sambil tangannya disilang ke belakang,
seolah seorang pengawas sedang menunggu kedatangan guru disiplin untuk menyoal
siasat pelajar yang berbuat salah.
“Kamu
berdua tak apa-apa ke?” Hajar pantas menggeleng. Dia dan Fatihah, pantas bangun
sebaik Mak Ngah Ana berdiri di hadapan mereka.
“Tadi
si Fahmi ni cakap, dia dengar kamu menjerit, sebab tu dia datang tengokkan
keadaan kamu. Fatihah, kamu ok ke? Pucat semacam Mak Ngah tengok.” Mak Ngah Ana
memegang bahu Fatihah yang kelihatan tidak bermaya itu.
“Tak
ada apalah, Mak Ngah. Kami ok je. Tadi terperanjat je bila hantu tepung gomak
berdiri depan pintu.” Fatihah tersenyum manis pada Mak Ngah Ana.
Fahmi
terkesima. Cantik pula senyuman Fatihah ni. Pandai pulak dia cakap elok-elok
dengan Mak Ngah, dengan aku asyik nak marah je. Sedih tau.
“La...
Fahmi! Kenapa sampai putih macam ni sekali muka kamu tu?” Mak Ngah Ana pecah
tawanya sebaik melihat wajah Fahmi.
“Kenapa
Mak Ngah tak tegur Fahmi, masa Fahmi keluar tadi?” mulut Fahmi sudah panjang
muncungnya. Malu bila dia berupa sebegitu, tak pasal-pasal jadi kes histeria.
“Mak
Ngah tak pakai spek tadi, Mak Ngah tak perasan.” Mak Ngah bersuara dengan tawa
yang masih bersisa. Iyelah, katarak matanya dah makin tebal, manalah dia nampak
sangat wajah Fahmi dari jauh tadi.
“Saja
tau, nak bagi Fahmi malu...” nada suara Fahmi sudah berubah, sengaja dia
merengek-rengek. Gedik, Fatihah rasa menyampah.
“Tihah,
Hajar, jangan dilayan sangat budak ni. Dia memang macam ni, suka sibuk-sibuk
hal orang lain. Dah-dah, jom masuk Fahmi. Janganlah kamu nak ganggu anak dara
dua orang ni. Kang tak pasal-pasal marah buah hati dia orang.” Mak Ngah sudah
menarik tangan Fahmi ke arah rumah mereka. Fahmi hanya mengikut, namun sempat
dia menoleh ke arah Fatihah dan melambai ke arahnya sebelum mengenyitkan mata.
“Ish
menyampah.” Fatihah bersuara selepas menjelir lidahnya pada Fahmi. Rumahnya
segera dibolosi, rasa mengantuk setelah hampir diserang histeria tadi. Hajar
yang mengekor dari belakang, cuma tersengih seorang diri.
Fatihah
menoleh ke belakang, melihat Hajar yang masih tidak hilang sengihnya.
“Kau
ni kenapa? Kena sampuk hantu tepung gomak pulak?” Hajar menoleh ke arah Fatihah
sebaik mendengar suaranya.
“Ehem,
ada orang tu dah ada orang yang berkenan...” Hajar tersengih-sengih.
“Siapa?”
Fatihah bertanya sambil lewa.
“Kaulah...”
“Eh!
Mana ada!” pantas dia menyangkal.
“Aku
nampak la...” Hajar mengangkat-angkat keningnya.
“Nampak
apa?” Fatihah duduk di atas katilnya.
“Nampak
la yang orang tu minat dekat orang ni...” Hajar ikut duduk.
“Gila!
Tak nak aku!”
“Tapi
orang tu nak...” Hajar sudah kembali mengusik.
“Pandai-pandai
je kau kan. Baru kenal seminit dua, dah boleh baca fikiran dia eh?”
“Aku
kan bomoh cinta.”
“Wekkk!
Tak glamour langsung gelaran bomoh
cinta.” Fatihah mencebik.
“Untunglah
kau, dah ada yang suka.”
“Ish!
Cukup-cukuplah merepek tu, Hajar! Dah-dah, aku nak tidur, lagi dilayan kau ni,
lagi naik tocang kan? Tak habis-habis nak usik aku.” Hajar ketawa kecil sebelum
bingkas bangun dari katil Fatihah.
“Aku
cuma nak doakan yang baik-baik untuk kau.” Fatihah buat muka toya.
“Dari
kau buat cubaan untuk doakan aku dengan mamat muka selenga tu, baik kau doakan
aku dengan jejaka kacak berwajah Korea di luar sana.” Fatihah sudah berbaring
menarik selimutnya.
“Hesy,
high taste betul kawan aku ni. Jangan
memilih sangat, Fatih. Kang tak pasal-pasal jadi terbalik. Yang kau nak tak
dapat, yang kau tak suka yang kau akan dapat.”
Fatihah
menyelak selimutnya kembali dengan mata yang membuntang memandang Hajar.
“Ish,
janganlah mintak yang bukan-bukan dekat aku! Mintak simpang laaa...”
“Simpang
kiri, simpang kanan?”
“Simpang
tiga.”
Hajar
ketawa mendengar jawapan selamba Fatihah.
“Oklah,
selamat malam. Moga mimpikan mamat rumah sebelah tu! Apa namanya tadi? oh
Fahmi.” Hajar ketawa sambil berlalu keluar dari
bilik Fatihah.
“Cis, kurang asam jawa punya kawan!
Grrr!” Fatihah mengetap bibir sebelum menarik selimutnya semula, mahu melupakan
segala kejadian tadi dan bayangan wajah mamat muka selenga yang bertempek bedak
sejuk tadi. Tak mahu dapat mimpi ngeri malam ni, tak mahu!
Suka? =)
Hee sambung la lagi. tak puas baca cerita ni.. he he he
ReplyDeletebest jgk cter ni....hehehe...smbng lg...cik writer KAU IMAMKU xnk smbng blk ke???best la cter tu kak sebab ada unsur2 islamik dlm cter tu...wtk lelaki tu walaupun seorang yg berkerjaya msih lg mengekalkan ciri2 org yg beriman...cehwah!!..hehehe...teruskanlah kak best cter tu....
ReplyDeletesambung r lagi...sonok gak lyn novel ni
ReplyDeletehaha ok mmg best biler nk sambungan akak AK x sabar, kalo bleh buku kan ajelah hihi
ReplyDeletehaha ok mmg best biler akak AK buat sambungan lagi x sabar,kalo bleh bukukan je lah hihi
ReplyDeletebile nak sambung nie.... baru bace sikit dah best... hehehehe
ReplyDeleteinteresting entry niy .. do continue akak :D
ReplyDeleteakak, sambung lagilah..best novel ni ada unsur humor :)
ReplyDelete