“KENAPA
tak cakap dengan kami yang Marwan nak balik Malaysia? Kalau tak, abang dah
suruh driver ambilkan dekat airport.” Tan Sri Zahir bersuara sebaik
Marwan mengambil duduk di atas sofa. Marwan tersenyum sebelum memerhati
sekeliling. Banglo mewah itu masih seperti dahulu cuma banyak perabotnya yang
sudah ditukar.
“Tak
apalah, bang. Lagipun saya balik mengejut, tak naklah menyusahkan sesiapa
pulak.”
“Ish,
mana ada susahnya, Marwan. Ni kamu tinggal dekat mana ni? Kalau susah-susah,
duduk saja dengan kami ni, Marwan. Dekat rumah ni bukan ada siapa pun.” Puan
Sri Maryam pula bersuara. Sudah lama benar dia tidak melihat adiknya itu,
hatinya rasa begitu teruja dan gembira sekali sewaktu melihat Marwan di depan
mata.
“Eh
tak apalah, kak. Apartment saya dulu
masih ada lagi. Saya boleh tinggal dekat sana saja.”
“Tak
apalah kalau macam tu. Tapi bila-bila kamu lapang, datanglah sini ya.”
Marwan
sekadar mengangguk.
“Apa
mimpi tiba-tiba saja kamu balik Malaysia? Abang ingatkan kamu dah sayang sangat
dengan London tu sampai dah tak ingat dekat sini.”
“Ish
abang perli saya, ya.” Marwan ketawa kecil.
“Betullah
apa yang abang Zahir cakapkan tu. Kakak pun ingat kamu dah tak nak balik sini
dah.” Puan Sri Maryam menjuihkan bibirnya. Teh di dalam cawannya segera
dihirup. Marwan membetulkan duduknya. Cawannya segera dicapai dan dihirup sama.
“Dah
lama saya duduk sana, kak. Saya rasa saya nak duduk dekat Malaysia pulak. Nak
bina hidup yang baru. Cari pengalaman, cari duit, cari calon isteri.” Marwan
ketawa tiba-tiba. Bayangan wajah seseorang muncul dalam ingatan.
“Maksud
kamu, kamu nak kahwin?” mata Puan Sri Maryam membulat. Nasib tidak tersembur
air teh dari mulutnya. Marwan ketawa sebaik melihat reaksi kakaknya yang
kelihatan sangat terkejut.
“Iyalah.
Kahwin. Pelik ke kak? Marwan dah tiga puluh tujuh tahun, ok. Irham yang muda
dari Marwan pun dah ada anak seorang.”
“Kamu
dah ada calon ke?” Tan Sri Zahir yang diam sedari tadi, menyoal serius. Marwan
senyum, membalas persoalan abang iparnya.
“Belum,
bang.”
“Ceh,
akak ingat dah ada calon dari London tadi.” Puan Sri Maryam menyindir.
“Mana
ada, kak. Saya pulang ke Malaysia ni nak cari calon la. Kalau akak ada calon
yang sesuai untuk saya, beritahulah.”
“Dah.
Tak payah nak minta kakak kamu tu carikan calon, nanti yang pelik-pelik dia
beri dekat kamu. Irham pun nasib baik tak terima pilihan kakak kamu tu, kalau
tidak tak tahulah apa nasib dia sekarang.”
“Ish,
abang ni!” Puan Sri Maryam mencebik. Tidak suka kisah lama disingkap kembali.
Wajah Sherry kembali menerjah dalam ingatan, entah apa agaknya nasib gadis itu,
dia sendiri sudah tidak ambil pusing. Dengarnya dah lari ke London, tinggal
dengan keluarganya di sana. Marwan ketawa walau tidak tahu cerita yang sebenar.
“Kenapa
bang? Apa yang jadi?” soalnya teruja.
“Tak
ada apalah, Marwan. Yang penting jangan suruh kakak kamu carikan. Baik kamu
sendiri yang cari lagi puas hati.”
“Sebenarnya
ada je yang saya berkenan, tapi entahlah boleh dapat ke tidak.” Marwan bersuara
tiba-tiba setelah lama diam.
“Aik
baru hari ni sampai Malaysia, dah ada calon? Kamu ni tersangkut dengan
pramugari dalam pesawat tadi ke apa?” mereka sama-sama ketawa. Marwan tidak
membalas persoalan abang iparnya itu tapi ada satu wajah yang sedang bermain di
benaknya. Wajah yang dia lihat saat bertandang ke pejabat Irham tadi.
“Assalammualaikum.”
Suara orang memberi salam buatkan tiga pasang mata itu segera menoleh ke arah
pintu utama. Irham sedang masuk ke dalam rumah itu sambil mendukung anaknya,
Iman. Di belakangnya ada seseorang yang baru saja terbayang-bayang di ingatan
Marwan. ‘Takkanlah sampai ke sini pun dia bawa PA dia?’ Marwan menyoal sendiri.
“Waalaikumussalam.
Wah cucu Nek Yam datang.” Puan Sri Maryam pantas menarik tangan Iman sebaik
Irham menurunkannya.
“Hah,
Irham, Zaara. Memang kena sangat waktu kamu datang ni. Tengoklah siapa datang
ni.” Tan Sri Zahir bersuara sambil menunjuk ke arah adik iparnya, Marwan.
“Irham
tahu papa, sebab tu Irham datang menjenguk ni. Tadi Paksu dah datang office jumpa Irham.”
“Oh,
kamu lagi laju rupanya. Kamu dah ke office
ya, Marwan?” soal Tan Sri Zahir, mengalih pandang pada Marwan semula. Marwan
yang masih diam memerhati wanita yang bersama Irham itu tersedar, lalu pantas
memandang abang iparnya semula.
“Oh,
ya. Tadi memang saya singgah kejap dekat sana, jumpa Irham.” Marwan membalas
sebelum matanya kembali memandang Irham dan Zaara silih berganti. Ada
kesangsian yang muncul di benaknya namun dia tidak mahu cepat membuat solusi.
Dia tidak mahu rasa kecewa sebelum tahu duduk perkara sebenar.
“Yang
sebelah Irham ni, bukan PA Irham dekat office
tadi ke?” sengaja Marwan menyoal, mengharapkan jawapan yang dia ingin dengar.
Irham
ketawa kecil. Zaara cuma senyum sebelum menundukkan kepalanya. Segan dengan
lelaki yang datang ke pejabat Irham tadi. Baru dia tahu, lelaki itu rupanya
bapa saudara Irham, adik bongsu Puan Sri Maryam yang tidak jauh jarak umurnya
dengan Irham, patutlah masih nampak muda.
Irham
dan Paksunya sama-sama membesar di sini sebelum Paksunya terbang ke London dan
menetap di sana. Irham yang bercerita kepadanya tadi saat mereka di dalam
kereta menuju ke banglo mewah itu, mungkin tidak mahu Zaara kehilangan punca ketika
melihat paksu Irham itu nanti.
“Kenalkan,
ini Zaara. PA di pejabat, merangkap PA di rumah jugak.” Irham memperkenalkan
Zaara kepada Marwan, membuatkan kening Marwan terangkat.
“PA
dekat rumah?”
“Isteri.
Maksud Irham, Zaara ni isteri dia.” Tan Sri Zahir enggan membuat Marwan keliru
lagi. Marwan terdiam seketika. Sebenarnya dia sudah dapat meneka tapi hatinya
enggan menerima kenyataan itu tanpa mendengar dari mulut mereka sendiri. Tapi
memang sudah terang lagi bersuluh, kenyataan itu memang tidak dapat disangkal
lagi.
Gadis
yang asyik terbayang di matanya saat itu rupanya isteri Irham. Semasa Irham
berkahwin, dia tidak dapat pulang ke Malaysia kerana sibuk dengan urusannya di
London, jadi dia memang tidak tahu menahu siapa isteri Irham sampailah ke waktu
ini.
“Oh,
isteri rupanya.” Suara Marwan kedengaran sedikit kecewa. Zaara memerhati lelaki
itu dengan rasa sangsi, matanya asyik memerhatikan Zaara sedari tadi hingga
Zaara terasa rimas tetapi dia tidak bisa berbuat apa-apa. Mujur Irham sudah
memberi pencerahan tentang siapa dirinya, legalah sedikit hati Zaara.
“TERMENUNG
nampak?” satu suara tiba-tiba kedengaran buatkan Zaara yang sedang bersendirian
di ruang tamu, tersentak seraya mendongak. Bapa saudara Irham sedang berdiri di
sisinya sambil mengukir senyum manis.
“Errr
Paksu.” Zaara kekok, tidak tahu bagaimana hendak berbicara dengan lelaki itu.
Pandangannya melata, mencari Irham dan ahli keluarga Irham yang lain tapi
tiada. Masing-masing sudah hilang dari pandangan, menguruskan hal
masing-masing. Irham mungkin sudah naik ke atas membawa Iman yang sudah
terlelap tadi.
“Tak
payahlah panggil saya, Paksu. Rasa pelik pula.” Lelaki itu ketawa. Zaara
mengerutkan dahinya. Habis nak panggil apa?
“Err
Encik Marwan.”
Tawa
lelaki itu kian kuat kedengaran di telinga Zaara.
“Panggil
saya, Marwan saja sudah la. Marwan.”
“Tapi…”
Zaara serba salah. Takkanlah dia nak panggil begitu pula.
“Tak
ada tapi-tapi. Saya tak suka kalau awak panggil saya, Paksu. Rasa tua pulak.” Zaara
diam, tidak membalas. Biarkan sajalah, bukan selalu pun dia nak jumpa lelaki di
hadapannya ini.
“Ye
baiklah Marwan…” Zaara menjawab tergagap-gagap. Marwan tersenyum lebar. Dia
melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan Zaara sebelum kembali memandang
ke arah wanita itu.
“Dah
lama awak kahwin dengan Irham?” aju Marwan tiba-tiba, dengan nada serius. Zaara
angguk, mengiyakan kenyataan itu.
“Dah
hampir enam tahun.” Balasnya pendek. Marwan mengangguk-angguk.
“Saya
dah lama tak balik Malaysia, sampai anak saudara sendiri kahwin pun saya tak
datang dan tak tahu siapa isterinya.” Marwan mengurut-urut dagunya.
“Tak
sangka pulak, pilihan Irham boleh tahan juga orangnya.” Marwan menambah sebelum
ketawa lagi. Matanya merenung Zaara tajam hingga membuatkan Zaara lemas dan
rimas.
“Paksu.”
Suara seseorang yang menerjah buatkan mereka berdua memandang serentak ke arah
suara itu. Irham sedang berdiri di hadapan tangga sebelum menghampiri keduanya.
Zaara menarik nafas lega, mujur Irham pantas datang menyelamatkan keadaan,
kalau tidak pasti Zaara sudah tidak mampu bernafas dek penangan renungan Marwan
yang membunuh itu.
“Sembang
apa ni?” Irham menyoal seraya mengambil tempat di sebelah Zaara.
“Errr…”
Zaara kematian kata. Wajah suaminya itu hanya direnung minta pertolongan.
“Tak
ada apa. Saja sembang kosong, nak berkenalan dengan isteri Irham ni. Tadi pagi
dekat office tak sempat soal
apa-apa.”
Irham
mengangguk laju sebelum matanya dihala ke arah Zaara. Zaara diam tidak
berkutik.
“Dah,
jomlah balik. Dah nak Maghrib dah ni.” Irham menepuk paha Zaara tanda
menyuruhnya bangun.
“Iman?”
Zaara menyoal apabila tidak dapat melihat kelibat anaknya itu sedari tadi.
“Iman
ada dengan mama. Main dekat atas. Pergilah panggil dia.” Irham memberikan
arahannya membuatkan Zaara lekas bangun dan menuju ke atas.
Irham
mengekor langkah Zaara dengan anak matanya sebelum pandangannya jatuh pada bapa
saudaranya itu semula.
“You got a beautiful wife, Irham. Paksu jealous ni. Mana nak cari macam tu?”
Marwan bersuara namun matanya masih mengekori Zaara yang sedang mendaki tangga.
Irham menelan liur, dia memandang ke arah Zaara semula sebelum berdeham.
“Ramai
lagi dekat Malaysia ni, Paksu. Dah lama duduk dekat London, memang susah la nak
jumpa macam tu.”
Marwan
ketawa sambil mengangguk, mengiyakan pernyataan Irham itu. Irham menghela
nafasnya, dia berasa sedikit lega walau ada resah di dalam hatinya yang sukar
diungkap saat itu.
“AWAK
jangan nak layan sangat Paksu saya tu ya.” Irham memberi amaran sebaik masuk ke
dalam kereta. Zaara yang sedang memangku Iman, pantas memandang ke arah Irham
yang sedang menghidupkan enjin kereta.
“Mana
ada saya layan.”
“Itu
saya tengok bukan main lagi bersembang tadi.” Irham tidak memandang Zaara namun
ada keruh yang terlukis di wajahnya.
“Saya
cuma balas apa yang dia tanya.”
Irham
menoleh ke arah Zaara seketika.
“Lain
kali jangan nak mesra alam sangat.”
Zaara
berjeda seketika.
“Mesra
alam macam mana?”
“Jangan
layan la Paksu saya tu. Awak tak kenal dia tu macam mana.”
Wajah
Irham di sebelah dipandang lama dengan rasa tidak percaya.
“Awak
cemburu eh?” Zaara akhirnya meluahkan persoalan yang terbuku di benaknya sambil
tersenyum simpul. Irham diam namun dia sempat menjeling ke arah Zaara sebelum
kembali fokus memandu.
“Mana
ada.” Irham mendengus.
“Takkanlah
dengan Paksu sendiri pun nak cemburu?” Zaara tersengih mengejek.
“Saya
tak cemburulah! Saya cuma… tak suka.” Pendek Irham membalas dengan nada
mendatar.
“Ada
pulak macam tu.” Zaara mencebik.
Irham
tersenyum sendiri saat melihat wajah Zaara yang cemberut, namun jauh di sudut
hati, dia tetap berasa tergugat dengan kehadiran Paksu Marwan semula, lelaki
yang sempurna di mata semua wanita.
Suka? =)
Best!!!keep it up...very very interesting... :-) boleh tak kalau post sampai habis MYMA kat blog ni...huhu..just joking.. :-D
ReplyDeleteNak lagi boleh tak??? Hehe... :-)
ReplyDeleteNak lagi boleh tak kak Aliesha Kirana?? Saya suka sangatlah
ReplyDeleteDi Indonesia apa ada jual novel LYMA dan MYMA............?
ReplyDeleteHi,
ReplyDeleteKami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: Kalimah Cinta yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).
Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).
Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.
Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.
Sekian.
Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com
Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.
best.
ReplyDeleteJOM FOLLOW SAYA
bagus sekali novelnya. I like it. so sweeet.
ReplyDeletehttp://choirulbudiono.blogspot.co.id/
Best sgt...saya suke...
DeleteEhem2 dah habis kew .??
ReplyDeletenak lagi smbungan hahaha syok cite ne almost like sweet and sour rasanya anyway keep it up peminat karya awak menunggu ni XD
terimakasih banyak, sangat menarik sekali nih...
ReplyDeleteWow !! best giler novel ni !! i like it 😍👍 !! akhirnya harapan nk tgk smbungan love u mr.arrogant tercapai .tak sangka sangat2 !! novel mr.arrogant ni mmg dh jadi novel favourite no.1 , kcewa sbb xda smbungan , tk sangka jga akak buat harapan sy tercapai . . Happy sgt lah ni smpai byk btul bnda ditaip . btw . TQ so much kak aliesha kirana , Mr.arrogant always the best !! 😍😘
ReplyDeleteWow !! best giler novel ni !! i like it 😍👍 !! akhirnya harapan nk tgk smbungan love u mr.arrogant tercapai .tak sangka sangat2 !! novel mr.arrogant ni mmg dh jadi novel favourite no.1 , kcewa sbb xda smbungan , tk sangka jga akak buat harapan sy tercapai . . Happy sgt lah ni smpai byk btul bnda ditaip . btw . TQ so much kak aliesha kirana , Mr.arrogant always the best !! 😍😘
ReplyDeletebaguuus banet, kapan dramanya???
ReplyDeleteSalam Cik Aliesha,
ReplyDeleteKami dari Novel Plus ingin meminta jasa baik cik untuk kita bertukar link blog di mana link cik kami akan masukkan ke dalam page di website kami yang masih sedang dikemaskini. Oleh itu kami harap cik juga sudi berbuat demikian untuk website kami juga..
http://www.novelplus.co
Terima kasih
Best😻
ReplyDelete