“IRHAM.”
Satu suara garau menerpa gegendang telinga Zaara yang sedang khusyuk menghadap
komputernya di pejabat, pagi itu. Zaara mendongakkan kepalanya, seorang lelaki
sedang berdiri di hadapannya saat itu.
“Ya,
encik?” Zaara menyoal sopan kerana kurang jelas dengan butir bicara lelaki itu
tadi.
“Irham.
Saya nak jumpa Irham.” Lembut lelaki itu bersuara sebelum satu senyuman manis
dihadiahkan buat Zaara.
“Oh
Encik Irham. Atas urusan apa ya encik? Encik ada buat temujanji?” Zaara menyoal
mengikut prosedur.
“Belum.
Kalau saya buat temujanji sekarang boleh?” Lelaki itu mengenyitkan matanya.
Zaara membulatkan matanya. Apahal encik dekat depan aku ni semacam je? Dahlah
tersengih macam kerang busuk. Zaara menyoal dalam hati.
“Tunggu
sekejap ya Encik. Encik Irham ada tetamu sekarang ni. Nanti saya beritahu dia
tentang kedatangan encik. Nama encik?”
“Marwan.
Panggil saya, Marwan.”
“Baiklah
Encik Marwan. Encik boleh tunggu di sofa yang tersedia itu dulu ya. Nanti saya
panggil encik.”
“Nama
awak? Dah lama kerja sini?” lelaki itu menyoal, cuba memulakan bicara dengan
sengihan terukir di bibirnya namun Zaara hanya tersenyum, tidak melayan pertanyaan
lelaki itu.
“Encik
duduk dulu ya. Nanti saya panggil.” Zaara mengulang semula ayatnya tadi.
Lelaki
itu menganggukkan kepalanya sebelum bingkas berlalu ke arah sofa yang
ditunjukkan Zaara. Zaara kembali fokus pada kerjanya sebelum sesekali melihat
lelaki itu dan arah bilik Irham silih berganti. Menunggu masa untuk memberitahu
Irham tentang kedatangan lelaki itu. Setiap kali mata mereka bertembung, pasti
lelaki itu tersenyum manis padanya. Zaara jadi seram sejuk.
“Ok
Zaara, I balik dulu ya.” Mr. Raymond, bekas majikan Zaara yang punya urusan
dengan Irham, lekas menegur sebaik dia keluar dari bilik Irham.
“Ok
Mr. Raymond. Have a nice day.”
“If Irham treated you badly, just come back to our office ok?” Mr. Raymond
bercanda membuatkan Zaara ketawa kecil.
“Don’t worry Mr. Raymond. If Irham layan
I teruk, definitely I will go back to
RT Agency.” Kata-kata Zaara buatkan tawa Mr. Raymond pecah.
“Bagus-bagus.
Thanks ya Zaara, nanti jumpa lagi.”
Mr. Raymond mengangkat tangannya tanda selamat tinggal.
“Ok
Mr. Raymond. Drive safely.” Zaara
menghantar Mr. Raymond dengan ekor matanya dan senyuman yang terukir di bibir.
“Eh!
Mana encik tadi?” Zaara baru tersedar ketiadaan lelaki tadi saat matanya
terpandang pada sofa tempat lelaki itu duduk tadi. Zaara menggaru kepalanya
yang tidak gatal sebelum bingkas bangun menuju ke bilik Irham.
“PAKSU?”
Irham terpempan saat melihat susuk tubuh yang sudah lama tidak dia temui itu
berada betul-betul di hadapannya ketika itu.
“Iyalah.
Ni Paksu, kenapa Irham macam nampak hantu je? Tak percaya?” Marwan menyeringai.
Lucu dengan keletah anak saudaranya saat itu. Irham yang baru tersedar dia
tidak bermimpi, lekas menghampiri bapa saudaranya itu lalu bersalaman. Marwan
membalas salam Irham dengan kemas dan kejap.
“Bila
Paksu balik dari London? Kenapa tak beritahu Irham dulu?” Irham menyoal dengan
rasa teruja sebaik mereka sama-sama melabuhkan punggung di atas sofa di dalam
bilik Irham. Sudah hampir sepuluh tahun dia tidak ketemu bapa saudaranya itu
sejak Paksunya memulakan hidup baharu di London usai pengajiannya di sana.
“Paksu
pun balik tergesa-gesa, tanpa perancangan pun. Just rindukan Malaysia and decide
to stay here, back for good.”
“Good for you, Paksu.” Irham tersenyum,
gembira menyambut kepulangan Paksunya kembali ke tanah air. Jejaka berumur
pertengahan tiga puluhan itu masih kelihatan tampan dan punya karisma
tersendiri yang bisa mencairkan hati para wanita. Umur mereka tidak jauh
bezanya jadi ketika kecil mereka memang rapat, cuma apabila Paksunya membuat
keputusan untuk tinggal di London maka mereka sudah jarang berhubung. Paksunya
juga jarang pulang ke Malaysia sejak itu.
“Awak,
tadi ada orang cari awak…” Zaara yang muncul tiba-tiba terus menyampaikan
berita sebaik membuka pintu bilik Irham.
Irham
dan Marwan sama-sama menoleh dan memandang Zaara serentak. Zaara tergamam saat
melihat lelaki tadi ada bersama suaminya.
“Kan
saya cakap, nak masuk ketuk pintu dulu.” Irham bersuara dingin. Tidak gemar
apabila orang main serbu biliknya tanpa memberi sebarang tanda terlebih dahulu.
“Eh
maaf awak. Maaf encik.” Zaara menunduk pada Irham dan Marwan, tanda meminta
maaf sebelum keluar semula dari bilik itu.
“Menggelabah.”
Irham bersuara separa berbisik namun masih jelas di pendengaran Marwan.
“Siapa
tu, Irham? Setiausaha kamu ke?” Marwan menyoal. Pandangannya masih tidak lepas
dari memandang keluar melalui dinding kaca bilik Irham yang lutsinar dan
tirainya yang terbuka, melihat Zaara berlalu semula ke tempatnya.
“PA.”
Irham menjawab pendek tanpa memandang ke arah Paksunya.
“Lawa.”
Marwan membalas. Irham terkedu mendengar jawapan Paksunya, pandangannya
mengekor arah mata Paksunya yang masih memerhati Zaara di luar.
“Kalau
dibuat bini pun sesuai. Tak sia-sia Paksu balik Malaysia semula.” Marwan
tersenyum-senyum.
“Ehem.”
Irham berdeham, cuba melawan perasaan cemburunya yang menyala tiba-tiba. Marwan
mengalih pandang ke arah Irham semula sebaik mendengar suara anak saudaranya
itu.
“Dia
dah ada suami.” Irham menerangkan tanpa memberitahu secara terperinci.
“La,
iya ke? Sayanglah. Rugi Paksu.” Marwan ketawa kecil namun Irham langsung tidak
berkata apa. Hatinya benar-benar rasa sakit namun disabarkan sahaja kerana
Paksunya tidak tahu apa-apa.
“Aah
betul. Baik Paksu jauhkan diri dari perempuan tu.” Irham mengingatkan.
“SIAPA
sebenarnya lelaki tadi tu, Zaara? Bukan main lama lagi mengayat awak, akak
tengok.” Hani muncul saat Zaara melabuhkan punggung di tempatnya.
“Ish
mana ada dia mengayat. Entahlah kak, saya pun tak pernah tengok dia datang ke
pejabat ni sebelum ni. Akak dah kerja lama dekat sini kan? Takkan akak tak
kenal?” Zaara pula menyoal. Mustahil Kak Hani tidak kenal klien-klien Irham?
“Ish
tak kenallah akak. Sepanjang lapan tahun akak kerja sini, tak pernah lagi akak
jumpa lelaki tu.”
Zaara
mengangguk, dia sendiri hairan dengan gerangan lelaki yang muncul tiba-tiba di
pejabat Irham Holding ketika itu.
IRHAM
keluar dari biliknya sebelum berjalan beriringan dengan lelaki yang masuk ke
dalam biliknya tadi, membuatkan mata Zaara lekas mengekori langkah mereka.
Irham menghantar lelaki itu ke perut lif sebaik bersalaman dengannya. Sebaik
pintu lif tertutup rapat, Irham segera membawa langkahnya ke biliknya semula,
melintasi meja Zaara.
“Siapa
tadi tu, awak?” Zaara sempat menyoal sebelum sempat Irham membolos masuk ke
dalam biliknya. Langkah Irham terhenti, menukar arahnya ke meja Zaara dan
berhenti betul-betul di hadapan isterinya itu. Isterinya itu dipandang atas
bawah dengan pandangan penuh curiga.
“Kenapa?
Berminat? Jangan cuba-cuba nak berkenalan dengan lelaki tadi ya?” Irham
menuding jari, memberi amaran setelah lama mendiamkan diri.
“Ish
apa awak ni? Saya tanya sajalah.” Zaara mencebik.
“Dah.
Tak payah tahu.” Irham berpaling sebelum berlalu kembali ke dalam biliknya.
“Huh!
Arrogant tak ingat!” Zaara menjuihkan
bibirnya. ‘Nak tanya sedikit pun tak boleh,’sebalnya di dalam hati.
Suka? =)
interesting!!!sambung la lagi AK...best,sangat2 best
ReplyDeleteBest sangat..the best
ReplyDelete-damia-
Daebak! Love ittt
ReplyDeleteAssalammualaikum. Harap kalian sudi mengunjungi blog saya. http://balqisluv99.blogspot.my/2015/09/kekeluargaan.html?m=1
ReplyDeleteKak takde sambungan ke? Nape 15bab je
ReplyDeleteNovel ni dh terbit di pasaran dik. Jadi nak tau smbungan kena beli bukunya ya.
Delete