“ZAARA.
Masuk bilik saya sekarang.” Suara yang kedengaran dari interkom buatkan Zaara
lekas bangun menuju ke bilik Irham. Setelah lebih sebulan bekerja, dia sudah
mula arif dengan cara Irham bekerja dan dia sedar Irham tidak suka menunggu.
Kalau tidak mahu mendengar suaminya itu membebel selama setengah jam, baiklah
dia lekas melapor diri sebaik dipanggil.
“Ada
apa, awak?” Irham angkat kepala sebaik mendengar suara Zaara.
“Awak?”
Keningnya terangkat saat menyoal Zaara.
“Oh
maaf, maksud saya, ada apa Encik Irham?” Zaara kembali membetulkan salahnya.
“Ini,
fail ni semua saya nakkan salinan fotokopi untuk mesyuarat dengan klien nanti. Saya
nak awak fotostat semua ni sekarang. Pukul sepuluh nanti saya nak ada atas meja
saya.” Irham bersuara sambil menghulurkan tiga buah fail pada Zaara. Zaara
terkulat-kulat menyambut fail yang tebal-tebal itu dengan wajah tidak percaya.
Gila nak fotostat semua ni!
“Semua
ni?”
“Iyelah.
Tak dengar ke apa saya cakap?”
Zaara
mengangguk faham.
“Iyelah
Encik Irham. Saya buat sekarang.” Zaara memeluk erat fail-fail tersebut sebelum
ingin berlalu keluar.
“Err…
Encik Irham.” Zaara bersuara kembali, buatkan Irham pantas mendongak. Zaara
tersengih di hadapan pintu bilik itu sambil mulutnya mengunjuk pada tombol
pintu yang tidak dapat dicapainya dek kerana tangannya memegang fail. Irham
menghela nafasnya panjang sebelum bingkas bangun dari kerusinya.
“Mengada.”
Irham sempat bersuara sebelum Zaara membolos keluar dengan berhati-hati.
“Terima
kasih, Encik Irham.” balasnya pendek ketika pintu hampir ditutup.
“HUH!
Dia cakap aku mengada? Dia yang mengada terlebih. Gila ke apa nak suruh aku
fotostat semua ni. Tak pernah dibuat orang fotostat sampai banyak macam ni
sekali.” Zaara mengomel panjang saat dia berdiri di hadapan mesin fotostat.
“Kenapa
Zaara? Ada yang tak kena ke?” Hani yang muncul tiba-tiba mula menyoal sebaik
dia melihat Zaara bercakap sendirian di hadapan mesin tidak bernyawa itu.
“Err
tak ada apalah, Kak Hani.” Zaara tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Malu bila setiausaha Irham itu melihatnya dalam keadaan sebegitu. Dah
macam orang yang tak betul saja lagaknya, bercakap seorang diri sebegitu.
“Zaara
nak buat apa ni?” Hani masih menyoal, prihatin. Fail-fail yang dipegang Zaara
segera dibelek.
“Ni,
Encik Irham suruh saya fotostat semua ni balik. Katanya nak guna untuk
mesyuarat nanti.”
Mata
Hani terbeliak, fail-fail itu dibelek semula dengan lebih teliti.
“Fail-fail
ni?” soalnya kembali. Zaara mengangguk laju.
“Aah,
Encik Irham suruh fotostat fail-fail ni la.” Zaara menerangkan semula pada
Hani.
“Fail-fail
ini tiga tahun lepas punya. Dah tak digunakan dah. Kalau betul Encik Irham nak
guna pun, akak ada softcopynya. Tak
payah susah-susah nak fotostat. Print
saja dari komputer.” Hani menerangkan setelah yakin matanya tidak salah menelek
fail tersebut.
Mata
Zaara membuntang. Fail-fail itu dibeleknya pula namun dia tidak memahami sangat
butiran di dalam fail tersebut.
“Tapi,
Encik Irham suruh saya fotostat kak.”
“Pelik.
Selama ni tak pernah pulak Encik Irham suruh akak fotostat fail-fail ni.” Hani
pula menggaru kepalanya, pelik dengan situasi tersebut.
“Hmm.
Tak apalah macam tu. Saya tanya Encik Irham balik ajelah kak.” Zaara membuat
keputusan setelah lama berjeda. Dia seolah dapat menghidu sesuatu yang tidak
kena.
‘Ishhh
geramnya!!!’ hatinya menjerit sendiri.
“AWAK
ni dah kenapa?” Zaara membentak saat fail-fail itu diletakkan semula di atas
meja Irham sebaik dia menyerbu masuk ke dalam bilik itu.
Irham
yang sedang berbicara di telefon, pantas memutuskan talian dan memandang ke
arah Zaara.
“Dah
siap ke?” soalnya dingin. Jam dikerling di dinding pejabatnya, baru pukul
sembilan suku pagi. Pantas!
“Siap
apa? Fail-fail tiga tahun lepas ni?” Zaara memeluk tubuhnya, sebal.
“Fail-fail
nilah, yang mana lagi.”
“Awak
sengaja kan?” Zaara merenung Irham tajam.
“Sengaja
apa?”
“Awak
sengaja nak kenakan saya kan?”
Irham
buat muka blur, seolah tidak mengerti.
“Apa
masalah awak ni? Tak puas hati tengok saya buat kerja dengan aman ke?” Zaara
menyoal dengan nada bengang.
Irham
bangun, menuju ke arah Zaara sebelum duduk di atas mejanya, menghadap isterinya
itu. Lama dia memandang Zaara tanpa sebarang bicara. Wajah Zaara yang mencuka
dipandang tanpa berkedip.
“Saya
nak biar awak exercise sikit depan
mesin fotostat tu.” Selamba Irham bersuara setelah lama dia mendiamkan diri
sambil memeluk tubuhnya.
“Awak
ni gilalah! Membazir kertas saja. Awak tak boleh tengok saya senang ke?”
“Alah,
bergurau sikit pun nak mengamuk sampai macam ni.”
“Eiii
geramnya!” Zaara menggenggam tangannya erat dan menggawangkannya di udara.
Melepaskan rasa geram yang terbuku. Dia keluar dari bilik Irham tanpa berkata
apa lagi.
“Lurus
betul!” tawa Irham pecah sebaik Zaara hilang dari pandangannya. Seronok sungguh
hatinya dapat mengenakan Zaara sebegini setelah lama tidak membuli isterinya
itu.
“Gila!
Tak ada kerja. CEO senget!” Zaara mengomel panjang saat dia duduk kembali di
tempatnya. Sakit hatinya Tuhan saja yang tahu.
“Zaara.”
Suara di interkom berbunyi lagi, Zaara mendengus. Hendak apa pula kali ini?
Soalnya sendiri di dalam hati. Walau hatinya sebal, interkom itu tetap
dijawabnya.
“Nak
apa?” Zaara menyoal dengan nada mendatar.
“Buatkan
kopi.” Suara itu meminta. Zaara menghela nafasnya setelah berjeda seketika.
“Baik,
Encik Irham.” balasnya pendek sebelum bingkas bangun menuju ke pantri.
“NAH!”
Zaara menghulur tanpa memandang Irham ketika dia membolos bilik itu semula.
Irham mendongak memandang isterinya yang masih cemberut itu.
“Terima
kasih.” Irham mengambil mug dari tangan Zaara sebelum menghirup air kopi itu
perlahan. ‘Sedap seperti selalu,’ Irham tersenyum sendiri.
“Puihhh!
Awak nak bagi saya kena kencing manis ke?” tiba-tiba Irham bersuara, berkerut
mukanya menelan air itu. Mata Zaara terbeliak.
“Manis?
Saya buat macam biasa je awak.” Zaara menegakkan dirinya. Selama ini tidak
pernah pula Irham mengadu begitu apabila dia membancuh air di rumah.
“Buat
balik. Saya tak boleh minum manis-manis macam ni.” Irham memberi arahan sambil
menolak mug itu kembali pada Zaara. Zaara tergamam seketika, air di dalam mug
itu dihirupnya pula perlahan. Biasa saja, tak manis sangat pun.
“Saya
rasa ok je ni awak.”
“Saya
suruh buat lain, buat ajelah.”
“Tapi…”
“Siapa
bos sekarang ni?” Irham memeluk tubuh, memandang Zaara dengan renungan tajam.
Zaara menghela nafasnya buat kesekian kalinya.
“Awak.”
Zaara membalas pendek sebelum berlalu keluar, menuju ke pantri semula.
Irham
ketawa berdekah-dekah sebaik Zaara keluar. Hatinya macam digeletek bulu ayam
saat itu. Lucu sekali dia melihat Zaara. Tidak sangka keputusannya membenarkan
Zaara bekerja di situ, buatkan dia punya hiburan baharu. Barulah dia dapat
hilangkan stress di pejabat. Irham ketawa lagi.
“Nah.
Saya dah kurangkan gula.” Zaara masuk dan menghulurkan mug berisi kopi yang
baharu pada Irham semula. Irham menghirup tanpa sebarang kata.
“Puihhh!
Tawar sangat.” Irham mengomel lagi buatkan Zaara kehilangan kata. Hatinya panas
tidak mampu dibendung lagi.
“Pergi
buat yang lain, saya tak boleh minum tawar-tawar. Awak ni reti buat air ke
tidak?” Irham bersuara lagi sambil memandang Zaara di hadapan. Zaara diam tidak
berkutik.
“Tunggu
apa lagi. Pergilah.” Irham memberi arahan. Zaara masih diam.
“Awak
nak melawan cakap bos ya?” Irham menyoal kembali sambil bercekak pinggang.
“Awak!!!”
Zaara menjerit sekuat hati, melepaskan rasa geram yang terbuku. Irham yang
terkejut lekas bangun dari duduknya lalu menutup mulut Zaara.
“Awak
ni dah kenapa? Gila? Meroyan?”
Zaara
meronta sambil menumbuk dada Irham bertubi-tubi. Geramnya masih boleh hilang.
Biar semua orang dengar, dia tidak peduli.
“Aduh!
Sakitlah. Suka betul pukul orang.” Irham melepaskan mulut Zaara dan pantas
menggosok dadanya yang pedih.
“Awak
kejam!!!” Zaara menjerit lagi semahunya. Irham tersentak, tangannya automatik
menutup mulut Zaara kembali.
“Hesy
diamlah. Karang orang ingat saya buat apa dekat awak.” Irham kaget. Zaara masih
ligat menumbuk dada Irham, dia tidak peduli pandangan orang lain, biar sampai
hilang sakit di hatinya saat itu baru dia puas hati.
“Syhhh.
Sorry, sorry! Saya minta maaf. Saya
gurau je.” Irham akhirnya mengalah, dia pantas memeluk erat tubuh Zaara, enggan
membiarkan isterinya itu menumbuk dirinya lagi, sudah tidak tahan diserang
Zaara bertubi-tubi seperti itu walaupun dengan kekuatan Zaara yang tidak
seberapa, tidaklah sakit mana penangannya.
“Awak
suka buli saya kan?” Zaara sudah sebak. Tidak suka diusik sampai sebegitu rupa.
Wajahnya disembam pada dada Irham, cuba menghilangkan rasa sakit hatinya.
“Ala
cengeng sungguh isteri saya ni. Kena buli sikit dah menangis.” Irham ketawa
kecil.
“Jahat!”
Zaara memukul bahu Irham namun kekuatannya sudah hilang sebaik Irham memeluknya
tadi.
“Usik
sikit pun tak boleh.” Irham ketawa lagi sepuas hatinya namun pelukannya pada
Zaara makin kejab.
“Dah
hilang sakit hati?” Irham menyoal ketika pelukannya pada Zaara dilepaskan.
Zaara diam memandang Irham dengan renungan tajam.
“Dah
bisu ye. Nak kena cium pulak ke baru nak hilang sakit hati?” Irham merapatkan
wajahnya dengan wajah Zaara buatkan Zaara lekas menepis wajah Irham itu.
“Ish
apa ni awak? Tak tahu malu ke?” Zaara malu, wajahnya sudah merona merah. Mujur
cuma mereka berdua di dalam bilik itu, kalau tidak, tak pasal buat free show.
“Dah,
duduk. Teman saya minum. Dah sejuk dah kopi ni.” Irham menarik Zaara duduk di
atas kerusi berhadapan mejanya. Zaara cuma diam mengikut.
“Eii
tawar!” Zaara menjerit kecil saat dia menghirup kopi kedua yang dibuatnya tadi.
“Hah
tahu pun. Kan saya dah cakap.” Irham cuba menegakkan dirinya kembali.
“Eleh, tadi saya dah
buat elok dah, awak yang suruh kurangkan gula lagi. Bukan salah saya la.” Irham
ketawa kecil tanpa membalas apa. Kopi di dalam mugnya dihirup kembali. Sedap
macam selalu!
Suka? =)
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!