“JIJAH
masak apa ni?” Zaara menyapa Jijah, pembantu rumah barunya saat dia masuk ke
dapur pagi itu. Jijah yang kelihatan terkejut, pantas tersengih memandang
Zaara.
“Eh
tak ada apa, Puan. Saya cuma buat bihun goreng. Puan dan tuan makan kan?”
Zaara
tersenyum seraya mengangguk sebelum mengambil duduknya di meja dalam dapur itu.
Bahan-bahan masakan yang tersedia di atas meja, dipandang Zaara satu persatu.
Sayur sawi yang masih belum terusik, segera dicapai Zaara sebelum
dipatah-patahkan dan dipotong dengan pisau dapur.
“Eh
tak payahlah susah-susah, puan. Saya bisa buat sendiri.” Jijah yang terkejut
melihat Zaara membantunya, dengan segera bersuara sambil dia mencapai sayur
sawi di tangan Zaara. Zaara berkalih memandang Jijah sebelum sawi itu diambil
semula.
“Ala
tak apa, Jijah. Biar saya tolong sama. Saya ambil awak bekerja untuk tolong
saya uruskan rumah. Bukan jadi alasan untuk saya langsung tak masuk dapur, tak
pegang pisau, periuk belanga semua.”
“Tapi
puan…” Jijah kelihatan serba salah.
“Dah,
tak payah nak buat muka risau macam tu. Saya tak kisahlah.” Zaara ligat
menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. Perlahan senyuman terukir di bibir
Jijah.
“Terima
kasih, puan.”
Zaara
senyum, membalas ucapan terima kasih dari Jijah itu. Pembantu rumahnya itu
dipandang, gadis sedikit gempal itu baru berusia dua puluh tahun, berasal dari
Acheh, Indonesia dan pelat Indonesianya tidaklah sepekat warga Indonesia yang
lain, jadi agak mudah untuk memahami percakapannya.
“Jijah
gembira ke, kerja dekat sini?” Zaara menyoal, enggan membiarkan sepi antara
mereka.
“Ya,
gembira sekali puan. Puan baik, tuan pun baik, walaupun tuan itu jarang sekali
berbicara.”
Zaara
ketawa. Irham itu kalau orang tak tahu, mesti ingat dia bisu.
“Dia
memang begitu, Jijah.”
“Tapi
saya tahu tuan dan puan baik orangnya. Saya senang sekali dapat bekerja di
sini.”
“Alhamdulillah.
Saya gembira kalau awak cakap macam tu.”
Jijah
senyum girang.
“Masak
apa?” Irham tiba-tiba muncul di belakang Zaara buatkan Zaara hampir saja
membaling sayur sawi itu ke lantai.
“Ish
awak ni!” Zaara menarik nafas, menstabilkan kembali denyutan jantungnya yang
hampir saja berhenti berdetak tadi.
“Eleh,
macam tu pun nak terkejut. Awak tu yang kuat melatah, salahkan saya pulak.”
Irham menarik muncung sebelum berlalu ke ruang tamu. Zaara menghela nafas,
kerja memotong sayur sawi itu disudahkan dahulu sebelum dia bingkas bangun,
mencari kelibat Irham.
IRHAM
tersentak, saat merasakan seseorang memeluknya dari belakang. Dengan pantas dia
menepis dan berpaling ke belakang.
“Ish
apa awak buat ni?” Irham menyoal ketika melihat isterinya yang berdiri di
belakangnya waktu itu. Mujur pagar rumahnya itu ditutup rapi, kalau tidak,
bikin malu saja pada jiran-jiran jika terlihat adegan sebegitu di halaman
rumahnya.
Zaara
sengih sebelum memeluk Irham dari belakang semula.
“Saya
minta maaf, awak.” Lembut Zaara bersuara.
“Mintak
maaf pasal apa pulak ni? Tak kuasalah saya nak merajuk pasal awak melatah
tadi.” Irham mengomel namun dia hanya membiarkan Zaara memeluknya sekali lagi.
“Bukan
pasal tu aja.” Zaara lambat-lambat bersuara.
“Habis
tu?” Irham menyoal kembali.
“Pasal
semalam jugak. Masa saya tanya awak soalan pelik tu.” Zaara menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Pautannya pada Irham segera dilepaskan, buatkan Irham kembali
berpusing menghadap dirinya.
“Saya
minta maaf.” Zaara meminta kembali.
“Tak
ada apalah. Dah, masuk!” Irham melangkah masuk, hilang moodnya hendak keluar
berjogging hari ini lepas dapat pelukan percuma tadi. Dia lekas meninggalkan
Zaara terpinga-pinga keseorangan di luar rumah.
“Eh
awak, tunggulah saya!” Zaara berlari masuk ke dalam rumah semula bersama
senyuman yang terukir di bibir.
Pagi
tadi, saat bangun dari tidur, dia terus saja rasa menyesal dengan soalan yang
terpacul dari bibirnya semalam. Entah syaitan mana yang merasuknya sampai boleh
menyoal soalan maut itu pada Irham. Mungkin akibat terlebih cemburu melihat
kemesraan Fiz dan Hadry serta keadaan hormonnya yang tidak stabil.
Mujurlah
dia cepat tersedar, bukankah dia sendiri yang redha memilih lelaki berhati
kering itu menjadi suaminya dulu? Kenapa sekarang dia hendak mengungkit tentang
ketidakromantisan suaminya itu? Kerana itu rasa bersalahnya begitu menebal
buatkan dia sudah hilang rasa malu untuk memohon maaf pada Irham.
ZAARA
duduk di atas sofa sambil menghadap televisyen petang itu, ingin menonton filem
Hindi di TV3. Iman yang duduk di sebelahnya, sedang khusyuk bermain permainan
di dalam tablet.
“DAH
ketepi sikit, asyik awak je conquer
tv ni.” Irham menghimpit yang baru saja hendak khusyuk menonton. Zaara memandang
Irham dengan kening terangkat sebelum dia kembali memandang kaca televisyen.
Apa mimpi entah suaminya itu, selama ini tidak pernah pula dia kalut nak
menonton masa Zaara hendak menonton filem Hindi.
“Awak
janganlah kacau. Saya baru nak tengok cerita Hindustan ni. Kalau awak nak
tengok cerita lain, awak tengoklah tv dekat atas.” Zaara bersuara namun matanya
tidak lekang dari kaca televisyen. Walaupun dah berulang kali dia menonton
filem ini tapi dia tidak pernah rasa jemu. Irham memandang Zaara yang langsung
tidak memandangnya sebelum dia menghela nafas. Alat kawalan jauh yang baru
dicapainya, diletakkan semula di atas meja kopi.
“Siapa
cakap saya nak tengok cerita lain?” Irham menjeling namun dia tahu Zaara
langsung tidak fokus padanya.
Hampir
tiga jam berlalu dengan masing-masing khusyuk menonton tanpa sebarang kata
sebelum terdengar bunyi Zaara menahan sebak. Tisu yang berada di atas meja kopi
segera dicapainya sebelum dia mengesat air mata.
“Eh
awak nangis ya?” Irham tiba-tiba bersuara mengusik. Iman yang tadinya berada di
sebelah mereka, sudah terlena di atas sofa bersebelahan, tidak dapat menahan
matanya yang mengantuk dek alunan lagu-lagu Hindi dari televisyen itu.
“Biarlah…”
Zaara mencebik, sebab itu dia tidak suka menonton filem-filem sedih bersama Irham
sebab akhirnya dia juga yang kena usik tanpa henti.
“Setakat
tengok cerita macam ni dah sedih. Apalah.” Irham menjuihkan bibirnya. Lututnya
diangkat rapat ke dada, memberi konsentrasi pada cerita di hadapannya itu
semula.
“Cerita
macam ni la lagi sedih, dari cerita cinta-cinta tu. Ini cerita pasal keluarga.”
Zaara bersuara sebaik sebak di dadanya kian berkurangan. Dia pun tidak suka
nampak cengeng di hadapan Irham. Irham diam, matanya masih fokus pada skrin
televisyen.
“Kata
dekat orang, awak pun dah bergenang mata tu.” Zaara ketawa bersama sebak yang
masih bersisa sebaik melihat mata Irham yang kelihatan berkaca.
“Diamlah!”
Irham membentak tanpa memandang Zaara.
“Eleh,
malulah tu.” Zaara memuncungkan mulutnya sebelum kembali menghadap televisyen
semula. Dia ketawa sendiri melihat keletah Irham yang masih nak tunjuk lagak
padahal dalam hati ada taman.
“Mata
saya masuk habuk la.”
“Ceh,
alasan cliché sungguh!”
“Jangan
bising boleh tak. Tengok ajelah tv tu.” Irham membentak, buatkan Zaara ketawa
lagi.
“Ini
bukan lagi jadi Mr. Arrogant, tapi
dah jadi Mr. Arumugam.” Zaara
berbicara sendiri dengan nada perlahan namun masih bisa ditangkap dek telinga
Irham.
“Apa
awak kata?” Mata Irham membulat.
“Apa?”
soalnya, sengaja mengusik lagi.
“Mr. Arumugam?” Irham mengangkat kening.
Zaara tersengih malu sebaik menyedari Irham mendengar katanya tadi.
“Ni
Mr. Arumugam, ini dia!” Irham
bersuara sambil menggeletek Zaara tanpa belas kasihan membuatkan Zaara menggelupur
menahan geli.
“Sudahlah
awak! Tolong!” Zaara meminta simpati namun Irham masih ligat menggeletek.
Seronok melihat isterinya itu terseksa.
“Nak
sangat Mr. Arumugam kan. Ambik!”
“Sudahlah
awak. Saya insaf. Saya tak kata apa dah.” Zaara menolak tangan Irham yang
menggeletek tubuhnya dengan sepenuh tenaga tetapi masih tidak berhasil.
“Cakap
lagi saya Mr. Arumugam ya!” Irham
masih tidak puas hati.
“Tuan.
Puan.” Irham terhenti menggeletek sebaik terdengar suara seseorang, Zaara juga
ikut bangun duduk memerhati arah suara itu. Jijah yang sedang memegang sedulang
minuman, terpempan sebaik melihat majikannya sedang bercanda begitu.
“Err
letak saja dekat situ, Jijah.” Zaara bersuara walaupun wajahnya sudah merona
merah menahan malu.
Jijah
diam, namun laju-laju meletakkan dulang sebelum pantas berlalu ke dapur. Enggan
mengganggu lagi.
“Awaklah
ni!” Zaara lekas menampar bahu Irham, membuatkan Irham mengaduh kecil.
“Apa
salah saya?” Irham menyoal sambil menggosok bahunya yang pedih.
“Tak
malu ke buat macam tu depan orang.” Zaara menyoal dengan mulut yang sudah
muncung. Malunya pada Jijah masih belum kebah.
“Buat
apa?” Irham mengangkat keningnya.
“Tadi
tulah.” Zaara memeluk tubuhnya.
“Aik,
kena geletek pun nak malu.”
“Yelah,
malulah saya.”
“Bukannya
saya buat yang bukan-bukan.” Irham tersengih penuh makna sambil menghampiri Zaara
perlahan. Mata Zaara membulat sebaik melihat Irham makin galak mendekatinya.
“Apa
awak ni? Tak tahu malu ke?” Zaara menampar bahu Irham bertalu-talu buatkan
Irham terus terhenti.
“Sakitlah!”
Irham membentak sambil terus menggosok bahunya.
“Padan
muka. Nak main-main lagi.” Zaara menjelirkan lidahnya.
“Yelah,
kalau saya buat yang bukan-bukan macam ni, barulah awak patut malu. Ini takat
geletek je pun nak malu.” Irham menjeling, sengaja hendak mengusik Zaara
sebentar tadi.
“Ish
malas saya nak layan awak ni. Perangai entah apa-apa. Dahlah, saya nak tengok tv
ni.” Zaara mengomel sebelum pandangan matanya kembali tertancap pada kaca
televisyen.
“Ala,
dah habis dah. Awak la punya pasal ni.” Zaara mengeluh seketika sebaik
menyedari siaran filem Hindi yang ditontonnya sebentar tadi sudah tamat.
“Ceh,
semua nak salahkan saya.” Irham memeluk tubuhnya sambil menjuihkan bibir. Zaara
diam, namun matanya jatuh pada wajah Irham yang sudah mencuka. Wajah Irham
dipicit hingga mulutnya menjadi muncung.
“Zafriel
Irham bin Tan Sri Zahir, CEO Irham Holding. Siapa sangka, CEO depan saya ni
kuat merajuk kan?” Zaara ketawa kecil sebelum kepalanya dilentok pada bahu
Irham. Irham berpaling, memandang Zaara di sisi namun mulutnya terkunci, tidak
berniat untuk membalas kata-kata Zaara dan membiarkan saja keadaan mereka
begitu.
Suka? =)
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!