~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, March 17, 2015

Novel : Miss You Mr. Arrogant Bab 15


“KENAPA tak cakap dengan kami yang Marwan nak balik Malaysia? Kalau tak, abang dah suruh driver ambilkan dekat airport.” Tan Sri Zahir bersuara sebaik Marwan mengambil duduk di atas sofa. Marwan tersenyum sebelum memerhati sekeliling. Banglo mewah itu masih seperti dahulu cuma banyak perabotnya yang sudah ditukar.
“Tak apalah, bang. Lagipun saya balik mengejut, tak naklah menyusahkan sesiapa pulak.”
“Ish, mana ada susahnya, Marwan. Ni kamu tinggal dekat mana ni? Kalau susah-susah, duduk saja dengan kami ni, Marwan. Dekat rumah ni bukan ada siapa pun.” Puan Sri Maryam pula bersuara. Sudah lama benar dia tidak melihat adiknya itu, hatinya rasa begitu teruja dan gembira sekali sewaktu melihat Marwan di depan mata.
“Eh tak apalah, kak. Apartment saya dulu masih ada lagi. Saya boleh tinggal dekat sana saja.”
“Tak apalah kalau macam tu. Tapi bila-bila kamu lapang, datanglah sini ya.”
Marwan sekadar mengangguk.
“Apa mimpi tiba-tiba saja kamu balik Malaysia? Abang ingatkan kamu dah sayang sangat dengan London tu sampai dah tak ingat dekat sini.”
“Ish abang perli saya, ya.” Marwan ketawa kecil.
“Betullah apa yang abang Zahir cakapkan tu. Kakak pun ingat kamu dah tak nak balik sini dah.” Puan Sri Maryam menjuihkan bibirnya. Teh di dalam cawannya segera dihirup. Marwan membetulkan duduknya. Cawannya segera dicapai dan dihirup sama.
“Dah lama saya duduk sana, kak. Saya rasa saya nak duduk dekat Malaysia pulak. Nak bina hidup yang baru. Cari pengalaman, cari duit, cari calon isteri.” Marwan ketawa tiba-tiba. Bayangan wajah seseorang muncul dalam ingatan.
“Maksud kamu, kamu nak kahwin?” mata Puan Sri Maryam membulat. Nasib tidak tersembur air teh dari mulutnya. Marwan ketawa sebaik melihat reaksi kakaknya yang kelihatan sangat terkejut.
“Iyalah. Kahwin. Pelik ke kak? Marwan dah tiga puluh tujuh tahun, ok. Irham yang muda dari Marwan pun dah ada anak seorang.”
“Kamu dah ada calon ke?” Tan Sri Zahir yang diam sedari tadi, menyoal serius. Marwan senyum, membalas persoalan abang iparnya.
“Belum, bang.”
“Ceh, akak ingat dah ada calon dari London tadi.” Puan Sri Maryam menyindir.
“Mana ada, kak. Saya pulang ke Malaysia ni nak cari calon la. Kalau akak ada calon yang sesuai untuk saya, beritahulah.”
“Dah. Tak payah nak minta kakak kamu tu carikan calon, nanti yang pelik-pelik dia beri dekat kamu. Irham pun nasib baik tak terima pilihan kakak kamu tu, kalau tidak tak tahulah apa nasib dia sekarang.”
“Ish, abang ni!” Puan Sri Maryam mencebik. Tidak suka kisah lama disingkap kembali. Wajah Sherry kembali menerjah dalam ingatan, entah apa agaknya nasib gadis itu, dia sendiri sudah tidak ambil pusing. Dengarnya dah lari ke London, tinggal dengan keluarganya di sana. Marwan ketawa walau tidak tahu cerita yang sebenar.
“Kenapa bang? Apa yang jadi?” soalnya teruja.
“Tak ada apalah, Marwan. Yang penting jangan suruh kakak kamu carikan. Baik kamu sendiri yang cari lagi puas hati.”
“Sebenarnya ada je yang saya berkenan, tapi entahlah boleh dapat ke tidak.” Marwan bersuara tiba-tiba setelah lama diam.
“Aik baru hari ni sampai Malaysia, dah ada calon? Kamu ni tersangkut dengan pramugari dalam pesawat tadi ke apa?” mereka sama-sama ketawa. Marwan tidak membalas persoalan abang iparnya itu tapi ada satu wajah yang sedang bermain di benaknya. Wajah yang dia lihat saat bertandang ke pejabat Irham tadi.
“Assalammualaikum.” Suara orang memberi salam buatkan tiga pasang mata itu segera menoleh ke arah pintu utama. Irham sedang masuk ke dalam rumah itu sambil mendukung anaknya, Iman. Di belakangnya ada seseorang yang baru saja terbayang-bayang di ingatan Marwan. ‘Takkanlah sampai ke sini pun dia bawa PA dia?’ Marwan menyoal sendiri.
“Waalaikumussalam. Wah cucu Nek Yam datang.” Puan Sri Maryam pantas menarik tangan Iman sebaik Irham menurunkannya.
“Hah, Irham, Zaara. Memang kena sangat waktu kamu datang ni. Tengoklah siapa datang ni.” Tan Sri Zahir bersuara sambil menunjuk ke arah adik iparnya, Marwan.
“Irham tahu papa, sebab tu Irham datang menjenguk ni. Tadi Paksu dah datang office jumpa Irham.”
“Oh, kamu lagi laju rupanya. Kamu dah ke office ya, Marwan?” soal Tan Sri Zahir, mengalih pandang pada Marwan semula. Marwan yang masih diam memerhati wanita yang bersama Irham itu tersedar, lalu pantas memandang abang iparnya semula.
“Oh, ya. Tadi memang saya singgah kejap dekat sana, jumpa Irham.” Marwan membalas sebelum matanya kembali memandang Irham dan Zaara silih berganti. Ada kesangsian yang muncul di benaknya namun dia tidak mahu cepat membuat solusi. Dia tidak mahu rasa kecewa sebelum tahu duduk perkara sebenar.
“Yang sebelah Irham ni, bukan PA Irham dekat office tadi ke?” sengaja Marwan menyoal, mengharapkan jawapan yang dia ingin dengar.
Irham ketawa kecil. Zaara cuma senyum sebelum menundukkan kepalanya. Segan dengan lelaki yang datang ke pejabat Irham tadi. Baru dia tahu, lelaki itu rupanya bapa saudara Irham, adik bongsu Puan Sri Maryam yang tidak jauh jarak umurnya dengan Irham, patutlah masih nampak muda.
Irham dan Paksunya sama-sama membesar di sini sebelum Paksunya terbang ke London dan menetap di sana. Irham yang bercerita kepadanya tadi saat mereka di dalam kereta menuju ke banglo mewah itu, mungkin tidak mahu Zaara kehilangan punca ketika melihat paksu Irham itu nanti.
“Kenalkan, ini Zaara. PA di pejabat, merangkap PA di rumah jugak.” Irham memperkenalkan Zaara kepada Marwan, membuatkan kening Marwan terangkat.
“PA dekat rumah?”
“Isteri. Maksud Irham, Zaara ni isteri dia.” Tan Sri Zahir enggan membuat Marwan keliru lagi. Marwan terdiam seketika. Sebenarnya dia sudah dapat meneka tapi hatinya enggan menerima kenyataan itu tanpa mendengar dari mulut mereka sendiri. Tapi memang sudah terang lagi bersuluh, kenyataan itu memang tidak dapat disangkal lagi.
Gadis yang asyik terbayang di matanya saat itu rupanya isteri Irham. Semasa Irham berkahwin, dia tidak dapat pulang ke Malaysia kerana sibuk dengan urusannya di London, jadi dia memang tidak tahu menahu siapa isteri Irham sampailah ke waktu ini.
“Oh, isteri rupanya.” Suara Marwan kedengaran sedikit kecewa. Zaara memerhati lelaki itu dengan rasa sangsi, matanya asyik memerhatikan Zaara sedari tadi hingga Zaara terasa rimas tetapi dia tidak bisa berbuat apa-apa. Mujur Irham sudah memberi pencerahan tentang siapa dirinya, legalah sedikit hati Zaara.

“TERMENUNG nampak?” satu suara tiba-tiba kedengaran buatkan Zaara yang sedang bersendirian di ruang tamu, tersentak seraya mendongak. Bapa saudara Irham sedang berdiri di sisinya sambil mengukir senyum manis.
“Errr Paksu.” Zaara kekok, tidak tahu bagaimana hendak berbicara dengan lelaki itu. Pandangannya melata, mencari Irham dan ahli keluarga Irham yang lain tapi tiada. Masing-masing sudah hilang dari pandangan, menguruskan hal masing-masing. Irham mungkin sudah naik ke atas membawa Iman yang sudah terlelap tadi.
“Tak payahlah panggil saya, Paksu. Rasa pelik pula.” Lelaki itu ketawa. Zaara mengerutkan dahinya. Habis nak panggil apa?
“Err Encik Marwan.”
Tawa lelaki itu kian kuat kedengaran di telinga Zaara.
“Panggil saya, Marwan saja sudah la. Marwan.”
“Tapi…” Zaara serba salah. Takkanlah dia nak panggil begitu pula.
“Tak ada tapi-tapi. Saya tak suka kalau awak panggil saya, Paksu. Rasa tua pulak.” Zaara diam, tidak membalas. Biarkan sajalah, bukan selalu pun dia nak jumpa lelaki di hadapannya ini.
“Ye baiklah Marwan…” Zaara menjawab tergagap-gagap. Marwan tersenyum lebar. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan Zaara sebelum kembali memandang ke arah wanita itu.
“Dah lama awak kahwin dengan Irham?” aju Marwan tiba-tiba, dengan nada serius. Zaara angguk, mengiyakan kenyataan itu.
“Dah hampir enam tahun.” Balasnya pendek. Marwan mengangguk-angguk.
“Saya dah lama tak balik Malaysia, sampai anak saudara sendiri kahwin pun saya tak datang dan tak tahu siapa isterinya.” Marwan mengurut-urut dagunya.
“Tak sangka pulak, pilihan Irham boleh tahan juga orangnya.” Marwan menambah sebelum ketawa lagi. Matanya merenung Zaara tajam hingga membuatkan Zaara lemas dan rimas.
“Paksu.” Suara seseorang yang menerjah buatkan mereka berdua memandang serentak ke arah suara itu. Irham sedang berdiri di hadapan tangga sebelum menghampiri keduanya. Zaara menarik nafas lega, mujur Irham pantas datang menyelamatkan keadaan, kalau tidak pasti Zaara sudah tidak mampu bernafas dek penangan renungan Marwan yang membunuh itu.
“Sembang apa ni?” Irham menyoal seraya mengambil tempat di sebelah Zaara.
“Errr…” Zaara kematian kata. Wajah suaminya itu hanya direnung minta pertolongan.
“Tak ada apa. Saja sembang kosong, nak berkenalan dengan isteri Irham ni. Tadi pagi dekat office tak sempat soal apa-apa.”
Irham mengangguk laju sebelum matanya dihala ke arah Zaara. Zaara diam tidak berkutik.
“Dah, jomlah balik. Dah nak Maghrib dah ni.” Irham menepuk paha Zaara tanda menyuruhnya bangun.
“Iman?” Zaara menyoal apabila tidak dapat melihat kelibat anaknya itu sedari tadi.
“Iman ada dengan mama. Main dekat atas. Pergilah panggil dia.” Irham memberikan arahannya membuatkan Zaara lekas bangun dan menuju ke atas.
Irham mengekor langkah Zaara dengan anak matanya sebelum pandangannya jatuh pada bapa saudaranya itu semula.
You got a beautiful wife, Irham. Paksu jealous ni. Mana nak cari macam tu?” Marwan bersuara namun matanya masih mengekori Zaara yang sedang mendaki tangga. Irham menelan liur, dia memandang ke arah Zaara semula sebelum berdeham.
“Ramai lagi dekat Malaysia ni, Paksu. Dah lama duduk dekat London, memang susah la nak jumpa macam tu.”
Marwan ketawa sambil mengangguk, mengiyakan pernyataan Irham itu. Irham menghela nafasnya, dia berasa sedikit lega walau ada resah di dalam hatinya yang sukar diungkap saat itu.

“AWAK jangan nak layan sangat Paksu saya tu ya.” Irham memberi amaran sebaik masuk ke dalam kereta. Zaara yang sedang memangku Iman, pantas memandang ke arah Irham yang sedang menghidupkan enjin kereta.
“Mana ada saya layan.”
“Itu saya tengok bukan main lagi bersembang tadi.” Irham tidak memandang Zaara namun ada keruh yang terlukis di wajahnya.
“Saya cuma balas apa yang dia tanya.”
Irham menoleh ke arah Zaara seketika.
“Lain kali jangan nak mesra alam sangat.”
Zaara berjeda seketika.
“Mesra alam macam mana?”
“Jangan layan la Paksu saya tu. Awak tak kenal dia tu macam mana.”
Wajah Irham di sebelah dipandang lama dengan rasa tidak percaya.
“Awak cemburu eh?” Zaara akhirnya meluahkan persoalan yang terbuku di benaknya sambil tersenyum simpul. Irham diam namun dia sempat menjeling ke arah Zaara sebelum kembali fokus memandu.
“Mana ada.” Irham mendengus.
“Takkanlah dengan Paksu sendiri pun nak cemburu?” Zaara tersengih mengejek.
“Saya tak cemburulah! Saya cuma… tak suka.” Pendek Irham membalas dengan nada mendatar.
“Ada pulak macam tu.” Zaara mencebik.

Irham tersenyum sendiri saat melihat wajah Zaara yang cemberut, namun jauh di sudut hati, dia tetap berasa tergugat dengan kehadiran Paksu Marwan semula, lelaki yang sempurna di mata semua wanita. 


Suka? =)

15 comments:

  1. Best!!!keep it up...very very interesting... :-) boleh tak kalau post sampai habis MYMA kat blog ni...huhu..just joking.. :-D

    ReplyDelete
  2. Nak lagi boleh tak??? Hehe... :-)

    ReplyDelete
  3. Nak lagi boleh tak kak Aliesha Kirana?? Saya suka sangatlah

    ReplyDelete
  4. Di Indonesia apa ada jual novel LYMA dan MYMA............?

    ReplyDelete
  5. Hi,

    Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: Kalimah Cinta yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

    Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

    Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

    Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

    Sekian.


    Hubungi Kami:
    novelmcdp@gmail.com


    Untuk Info:
    NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
    Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  6. bagus sekali novelnya. I like it. so sweeet.

    http://choirulbudiono.blogspot.co.id/

    ReplyDelete
  7. Ehem2 dah habis kew .??
    nak lagi smbungan hahaha syok cite ne almost like sweet and sour rasanya anyway keep it up peminat karya awak menunggu ni XD

    ReplyDelete
  8. terimakasih banyak, sangat menarik sekali nih...

    ReplyDelete
  9. Wow !! best giler novel ni !! i like it 😍👍 !! akhirnya harapan nk tgk smbungan love u mr.arrogant tercapai .tak sangka sangat2 !! novel mr.arrogant ni mmg dh jadi novel favourite no.1 , kcewa sbb xda smbungan , tk sangka jga akak buat harapan sy tercapai . . Happy sgt lah ni smpai byk btul bnda ditaip . btw . TQ so much kak aliesha kirana , Mr.arrogant always the best !! 😍😘

    ReplyDelete
  10. Wow !! best giler novel ni !! i like it 😍👍 !! akhirnya harapan nk tgk smbungan love u mr.arrogant tercapai .tak sangka sangat2 !! novel mr.arrogant ni mmg dh jadi novel favourite no.1 , kcewa sbb xda smbungan , tk sangka jga akak buat harapan sy tercapai . . Happy sgt lah ni smpai byk btul bnda ditaip . btw . TQ so much kak aliesha kirana , Mr.arrogant always the best !! 😍😘

    ReplyDelete
  11. baguuus banet, kapan dramanya???

    ReplyDelete
  12. Salam Cik Aliesha,

    Kami dari Novel Plus ingin meminta jasa baik cik untuk kita bertukar link blog di mana link cik kami akan masukkan ke dalam page di website kami yang masih sedang dikemaskini. Oleh itu kami harap cik juga sudi berbuat demikian untuk website kami juga..
    http://www.novelplus.co

    Terima kasih

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!