~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Sunday, March 8, 2015

Novel : Miss You Mr. Arrogant Bab 6



“SUAMI kamu mana, Zaara?” Hajah Amina menyoal sebaik melihat Zaara keluar dari biliknya sendirian. Zaara hanya tersenyum tawar sebelum mengambil duduk di sebelah ibunya di ruang tamu itu. Iman sedang duduk di ribaan neneknya sambil mengunyah buah rambutan yang dikait di halaman rumah tadi.
“Tidur, ibu.”
“La, dekat Maghrib dah ni.”
“Zaara dah cakap dah tadi, ibu. Degil dia tu, tak nak dengar cakap. Dia kata bagi dia lima minit je.”
“Penat sangat la tu agaknya, tak apalah kejap lagi ayah kamu nak ke surau, pandailah dia mengejutkan laki kamu tu, Zaara.”
“Seronok sangat sampai tak ingat dunia tadi, sekarang baru dia tahu erti penat.” Zaara mengomel sambil mencapai sebiji buah rambutan yang merah menyala menandakan ianya sudah masak ranum, di dalam besen di atas meja kopi.
“Ala tak apalah, Zaara. Bukan selalu pun dia dapat balik kampung.”
Zaara ketawa tiba-tiba. Teringatkan peristiwa lalu waktu Irham masih kekok dengan suasana kampung.
“Dulu nak makan ikan keli pun geli, last-last dia yang lebih hantu ikan keli dari Zaara, ibu.” Hajah Amina ikut ketawa. Dia juga ingat saat-saat Irham masih tidak terbiasa dengan kehidupan mereka di sini.
“Sekarang siap tangkap ikan sendiri. Petik ulam dekat belakang rumah sendiri. Petik buah kelapa muda sendiri. Dah macam orang kampung sejati dah ibu tengok.”
“Betul, ibu.”
“Orang tak ada kampung, bila dah jumpa kampung baru dia tahu seronoknya macam mana.” Zaara ketawa mendengarkan kata ibunya. Ya, sekarang Irham memang suka dengan kehidupan kampung, sangat berbeza dengan Irham yang dulu.
 “Dulu siap berperang dengan nyamuk.” Zaara ketawa lagi, kali ini lebih kuat.
“Siapa perang dengan nyamuk?” ketawa Zaara mati sebaik terdengar suara seseorang dari belakang. Dia menoleh perlahan, sudah tahu siapa gerangan di belakang. Bibirnya menarik sengih dengan rasa bersalah.
“Tak ada siapalah.” Zaara menafikan sebelum pura-pura khusyuk memakan buah rambutan. Irham mengambil duduk di sebelah Zaara sebelum ikut memilih buah rambutan, mengupas lalu memakannya.
“Dah segar ke?” Zaara menyoal.
“Tak. Mengantuk lagi, tapi dengar bunyi bising dekat luar, terus tak boleh tidur.”
“Jadi nak salahkan kami la?”
“Saya tak cakap apa pun.”
“Hesy sudahlah. Asyik nak bertekak je kamu berdua ni ya. Betul la orang cakap, kalau suka sangat bergaduh, baik kahwinkan saja.” Hajah Amina mengomel tiba-tiba.
“Sedap sungguh buah rambutan ni, ibu. Dekat KL takkan boleh dapat yang sedap macam ni.” Irham buat tidak endah dengan omelan Hajah Amina, mulutnya tak henti mengunyah buah rambutan.
“Ye ke? Tak apa. Nanti bawak balik KL sikit, ibu simpankan untuk Irham ya.” Hajah Amina tersenyum, senang sekali mendengar pujian itu.
“Eh bawak balik banyak pun tak apa, ibu.” Irham tersengih.
“Mengada awak ni, bawak balik sikit sudahlah. Siapa nak habiskan buah rambutan tu nanti kalau bawak balik banyak-banyak?”
“Awaklah.” Zaara mencebik mendengar kata-kata Irham itu.
“Ala tak apa. Bawak balik banyak pun tak apa. Boleh beri pada keluarga mertua kamu sama, Zaara.”
Zaara terdiam, teringatkan ibu mertuanya, Puan Sri Maryam yang sudah lama dia tidak temui.
“Hmm yelah, ibu.” Zaara bersuara sebelum memandang ke arah Irham.
“Awak, nanti kita singgah rumah mama, ya. Lama dia tak jumpa Iman. Boleh hantar buah rambutan sekali.” Zaara meminta dan dibalas dengan anggukan dari Irham.


“KAMI balik dulu ya, ibu. Insya-Allah nanti ada masa Zaara balik lagi. Kalau Irham tak nak balik pun, Zaara balik jugak dengan Iman, ya bu.” Zaara mengucup lembut jemari ibunya.
“Hmm yelah, tak puas ibu nak main dengan Iman ni.” Hajah Amina bersuara sayu, wajah cucunya dikucup perlahan.
“Tak apa ibu, nanti Irham bawa Zaara dan Iman balik kampung lagi ya.” Irham pula mengambil giliran mengucup jemari mertuanya itu.
“Nanti raya baliklah sini, ya.” Suara Hajah Amina kian sayu.
“Insya-Allah, ibu. Irham memang nak raya dekat sini pun. Tak tahulah kalau Zaara nak raya dekat KL tu.” Irham menjeling ke arah Zaara.
‘Sengajalah tu nak mengungkit kisah lalu,’ Zaara mendengus, teringat mereka sering berebut hendak beraya di mana. Ironinya, Zaara selalu hendak beraya di Kuala Lumpur kerana ingin merasai pengalaman beraya di rantauan dan di bandar besar seperti Kuala Lumpur sedangkan Irham sukakan suasana raya di kampung.
“Yelah. Nanti Zaara balik raya dekat kampung,” Zaara memberikan persetujuannya sambil menggapai tangan Haji Zaidi untuk bersalaman.
“Walau dekat mana pun kita tinggal sekarang, asal-usul jangan dilupa. Irham yang tak ada kampung, beria nak balik kampung ni. Kamu pulak lagi suka hidup di hutan batu tu.”
“Bukan macam tu, ayah.” Zaara berasa serba-salah.
“Kalau kamu tak beraya dekat sini, siapa lagi nak beraya dengan kami, Zaara.”
“Zaara faham, ayah. Maafkan Zaara kalau buat ayah dan ibu terasa pasal hal ni.” Zaara mengucup jemari Haji Zaidi pula. Haji Zaidi mengusap lembut kepala anaknya sambil tersenyum.
“Tak apalah, ayah faham. Kamu nak merasa beraya dekat sana kan? Tak apalah, kalau kamu rasa teringin, kamu berayalah dekat sana. Ayah tak paksa kamu balik sini.” Haji Zaidi bersuara seolah memahami perasaan anak tunggalnya itu. Zaara hanya terdiam, tidak tahu hendak membalas apa.
“Tak apa ayah, kalau Zaara tak nak balik, Irham bawak Iman balik sini beraya dengan datuk dan nenek dia. Biar dia beraya dekat KL sorang-sorang.” Irham ketawa buatkan Haji Zaidi dan Hajah Amina turut ketawa.
“Eh dia kan ada mertua kesayangan dia, Puan Sri Maryam tu.” Hajah Amina mengusik buatkan wajah Zaara makin cemberut.
“Ibu! Suka tau usik Zaara. Zaara main-main jelah. Anak mana yang tak nak beraya dengan mak ayah dia? Zaara cuma… teringin nak rasa je raya dekat KL. Hee…” Zaara tersengih.
“Cubalah. Lepas tu, pagi raya tu jugak kamu nak balik sini, ibu tak nak tanggung.” Hajah Amina menjulingkan matanya. Zaara tersengih lebar.
“Ibu dengan ayah datang KL la beraya dengan Zaara. Hehe.”
“Ish tak kuasa kami nak beraya dekat hutan batu tu. Nak bakar lemang pun kena marah dengan jiran nanti.”
Irham dan Zaara ketawa serentak.
“Yelah, ibu menang la. Zaara kalah.” Zaara mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Hajah Amina ketawa kecil, sengaja hendak mengusik anaknya. Dari kecil dia mendidik Zaara, takkanlah dia tidak tahu apa yang ada di fikiran Zaara. Anaknya itu bukannya kejam hingga tega melukakan hati mereka.
Dia sedar Zaara cuma teringin merasai pengalaman beraya di tempat lain selain kampung ini yang tidak pernah terlepas untuk dia pulang berhari raya sedangkan menantunya pula, tidak pernah merasai pengalaman berhari raya di kampung jadi sejak dia menjadi suami Zaara, dia tidak pernah terlepas dari mengambil peluang berhari raya di kampung.
“Bawa kereta elok-elok. Jangan bawak laju-laju sangat, tak lari pun KL tu dikejar.”
“Ye Insya-Allah, Irham ingat tu ayah.” Irham mengucup lembut jemari bapa mertuanya pula.
“Irham balik dulu ya, ayah, ibu. Assalammualaikum.” Irham melambai sebaik tubuhnya membolosi kereta Audi S10 itu. Zaara sudah duduk di bahagian sebelah pemandu dan Iman pula sudah siap siaga dengan tali pinggang keledarnya di tempat duduk penumpang bahagian belakang.

“Bismillah…” Irham melafazkan doa sebelum menurunkan gear tangan. Audi S10 berwarna biru itu perlahan bergerak meninggalkan Haji Zaidi dan Hajah Amina di hadapan rumah mereka.

Suka? =)

1 comment:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!