Bab 3
NUR Ajda Sajidah.
26 Tahun.
22 Februari 1991
Bujang.
Bekerja sendiri.
Hesy, macam tulis resume saja, tak
pun borang cari jodoh. Ajda ketawa sendiri saat menaip biodatanya untuk
diletakkan di dalam portfolio. Dah pak cik kerek tu nak sangat portfolio,
memang Ajda bertekad untuk bagi info selengkapnya termasuk perihal diri dia.
Nak tahu sangat kan? Ambik!
“Ajda buat apa tu?” suara garau yang
menerpa membuatkan Ajda mengurut dadanya. Rasa macam nak tercabut jantungnya
dek terkejut.
“Hesy along ni! Terkejut Ajda, tau.”
Ajda tarik muncung masam. Nasiblah dia tak tertolak muk berisi kopi panas di
sebelahnya itu.
“Lah, dah kenapa nak terkejut
sangat. Ajda tu yang khusyuk sangat sampai along masuk pun Ajda tak sedar.”
“Haih nasiblah Ajda tak ada lemah
jantung tau.”
Ajwad ketawa kecil sebelum dia
memandang adiknya itu kembali.
“Ajda buat apa ni?”
Ajda merenung wajah abangnya
sebentar sebelum beralih ke arah skrin komputernya kembali.
“Buat portfolio.” Lemah suaranya
memberitahu sepertimana lemahnya dia nak siapkan portfolio yang baru saja dia
mulakan itu.
“Portfolio?” kening Ajwad terangkat.
Dia ikut merenung skrin komputer adiknya itu.
“Untuk apa?” soalnya lagi.
“Ada butik yang Ajda nak apply
slot vendor tu mintak benda alah ni. Ni yang Ajda tengah pulun ni.” Ajda
bersuara tanpa memandang ke arah abangnya semula. Ikutkan hatinya, dia mahu
cepat-cepat siapkan portfolio itu, barulah hatinya jadi tenang. Kalau tidak,
dia asyik fikirkan pasal hal itu saja sampai nak buat kerja lain pun tak ada
hati. Pesanan pelanggannya pun masih ada yang perlu dia siapkan, mesej WhatsApp
yang masuk pun dia belum semak, entah pesanan apa pula yang muncul.
“Dahlah, berhenti dulu. Jom turun
makan, Kak Najah kata Ajda dari balik tadi tak makan apa-apa lagi.”
Ajda terhenti memandang skrin komputer
dan berpaling ke arah abangnya. Memang dari balik tadi, perutnya belum diisi.
“Yelah.” Ajda sengih.
Ajwad ikut tersenyum seraya mengusap
kepala adiknya itu.
“Dah, jom.” Ajwad melangkah keluar
dari bilik itu sambil diekori Ajda dari belakang.
NAJAH yang sedang menyuap makanan
kepada Imani, anak kecil mereka yang belum sampai setahun itu di meja makan,
segera berpaling saat melihat Ajwad dan Ajda keluar dari bilik Ajda.
“Hah,
nampak pun batang hidung kamu, Ajda. Ingatkan dah bertapa dalam bilik, selalu
bertapa dekat dapur je.”
“Amboi,
kak Najah perli Ajda ya.” Ajda menarik muncung panjang saat dia mengambil
tempat di meja makan membuatkan Najah ketawa. Adik manja kesayangan suaminya
itu memang macam budak-budak walau sudah layak jadi emak budak.
“Orang
tu sibuk buat kerja.” Ajwad menjeling adiknya saat dia ikut duduk sebelum
beralih ke arah isterinya semula.
“Kerja
apa?”
“Tu
ada butik mintak portfolio, dia kena siapkan.”
“Aik,
tak pernah-pernah.”
“Tulah
kak, sebab tulah Ajda berkurung dalam bilik. Nak siapkan benda alah tu.” Ajda
bersuara sambil dia bermain dengan Imani yang sedang tersenyum dengan agahan
ibu saudaranya itu.
“Kamu
ke butik mana hari ni?”
“Talqisya.”
Ajda tersengih saat wajah abang dan kakak iparnya dipandang silih berganti.
“Uih
butik yang ada class tu?” mata Najah membulat, kenal dengan butik yang
berprestij itu kerana pernah beberapa kali dia ke sana, membelek baju-baju
jenama butik atas talian. Yang dia tahu, hanya jenama-jenama terkenal atas
talian saja yang dijual di situ.
“Eh
akak tau ye?”
“Akak
pernah pergi. Semua jenama yang famous-famous je ada dekat Talqisya tu
kan? Pavlova Ajda tu boleh ke masuk situ?”
“Ajda
tengah cubalah ni. Sebab tu Ajda nak siapkan portfolio ni. Sample Ajda dah
bagi tadi, harap-harap ada rezekilah.”
“Adik
along ni mesti boleh punya.” Ajwad pula bersuara sambil menepuk bahu Ajda. Ajda
tersengih, terharu dengan kepercayaan abangnya itu.
“Dahlah,
jom makan. Adik abang ni ada banyak kerja tu nak disiapkan. Dapur pun dia tak
masuk lagi tu.” Najah bersuara sambil menceduk nasi ke pinggan.
Ajda
tersenyum sebelum menyambut pinggan nasi yang dihulur kakak iparnya. Lepas
makan, dia nak sambung semula buat portfolio itu sampai siap, kemudian terus
hantar ke Talqisya esok. Harap adalah rezekinya hendak jadi vendor di butik
berprestij itu.
Suka? =)
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!