~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, April 4, 2017

Novel Pak Cik Kerek Semanis Pavlova Bab 10



AJDA merenung jambangan bunga bersama coklat yang begitu indah itu sebaik dia masuk ke dalam kereta usai berurusan di kedai bunga. Tak pernah dalam seumur hidupnya, dia dapat bunga sebegitu. Masa hari konvokesyennya dulu pun jambangan bunganya biasa-biasa saja, tidaklah sampai besar begini, tapi kenalah dengan harganya. Terkejut Ajda bila tengok harga jambangan bunga itu, duit yang Encik Megat beri langsung tidak berbaki.
            Kalau dialah, dari beli bunga semahal ini, baiklah dia guna duit itu untuk pusing modal, beli stok barang buat kek dan pavlova. Lagi ada faedah kan? Dapat jugak untung dari hasil jualan tu nanti. Tapi kalau dapat hadiah jambangan bunga sebegini, memang sah dia rasa macam di awang-awangan. Lagi-lagi kalau yang bagi tu lelaki kacak dan romantik macam Doktor Ikhwan dekat hospital tadi. Indahnya dunia! Eh, berangan kau Ajda!
Ah tak kisahlah dari sesiapapun, dia tetap tak rela orang lain bazirkan duit sampai begini semata-mata untuk bunga yang walaupun sekarang masih cantik dipandang tapi bakal layu dua tiga hari lagi. Untung kau bunga, kau lagi mahal dari harga OOTD (outfit of the day) aku dari hujung tudung sampai hujung kaki tau!

AJDA keluar dari perut kereta sebaik tiba di hadapan butik Talqisya semula, kelibat Pak Kahar dia cari tetapi lelaki tua itu sudah menghilang entah ke mana. Kereta BMW milik Megat Talhah masih berada di situ menandakan Pak Kahar mahupun Megat Talhah masih berada di kawasan tersebut tetapi kelibat pemandu Megat Talhah itu sudah tidak kelihatan. Barangkali Pak Kahar sudah masuk ke dalam butik, takkanlah Pak Kahar nak duduk di luar saja kan? Fikir logiklah Ajda!
            Ajda mengambil jambangan bunga dari tempat duduk penumpang yang dia letak tadi sebelum dia menutup pintu keretanya dan mengatur langkah untuk masuk ke dalam butik Talqisya, mencari kelibat Pak Kahar sambil mengharapkan dia tak berselisih dengan Encik Megat yang pahit macam ubat gegat itu.
            “Ah!” Ajda baru saja rasa macam nak tersungkur saat dia tersepak batu yang entah dari mana munculnya apabila tiba-tiba saja dia merasakan lengannya dipaut. Ajda mendongak ke atas, memandang gerangan perwira yang telah menyelamatkan dia dari tersungkur tadi sebelum matanya menatap pandangan beku yang tidak beriak itu untuk kesekian kalinya.
            Cepat-cepat Ajda meloloskan pautan Megat Talhah pada lengannya dan menundukkan wajahnya, tidak mampu melawan pandangan yang terasa begitu menakutkan itu.
            “Terima kasih Encik Megat. Maaf.”
            “Awak ni lemah lutut ke? Kerap sangat jatuh? Lain kali hati-hati.”
            Kata-kata Megat Talhah yang menusuk itu buatkan Ajda lebih rela jatuh tadi daripada diselamatkan pak cik kerek itu.
            “Minta maaf.” Ajda memandang Megat Talhah sekilas sebelum matanya tunduk kembali.
            “Ni saya nak tanya, macam mana awak pulak yang boleh dapat bunga ni? Pak Kahar mana?”
            Mata Ajda membulat. Teringat kembali tujuannya ke butik Talqisya semula.
            “Kalau saya tak tolong awak tadi, mesti bunga ni dah penyek.” Datar nada suara itu kedengaran, bunyi macam tak puas hati saja. Baru Ajda mengerti, dia diselamatkan daripada tersungkur disebabkan bunga yang berharga tiga ratus ringgit itu, bukan sebab dirinya. Cis tak guna betul.
            “Maaf Encik Megat, saya cuma nak tolong Pak Kahar. Bunga ni selamat, jangan risau. Nah!” cepat-cepat Ajda menghulurkan jambangan bunga itu. Kalau boleh dia nak cepat-cepat berhambus dari situ, tak sanggup nak berlama menghadap lelaki tersebut.
            Megat Talhah memandang Ajda dengan jelingan tajam sebelum dia menyambut bunga itu tanpa sebarang bicara.
            “You!” suara seseorang yang kedengaran membuatkan Ajda dan Megat Talhah kaku sebelum sempat bunga itu bertukar tangan, serentak mereka berpaling memandang ke arah tubuh tinggi lampai berdress labuh dan berselendang satin itu.
            “Melissa...” Megat Talhah bersuara sebaik dia melihat gadis itu sedang memandangnya dengan wajah tidak puas hati sambil memeluk tubuhnya sendiri.
            “Siapa perempuan ni? Apa semua ni?” soalannya berbaur prasangka.
            Pantas Megat Talhah berlalu mendapatkan Melissa yang berdiri tidak jauh dari dia dan Ajda.
            “You dah salah faham. I tak ada apa-apa dengan perempuan ni. I can explain.” Megat Talhah kaget, sudahlah Melissa tengah merajuk, nanti bertambah lagi rajuknya. Payahlah Megat Talhah nak pujuk.
            Ajda terkedu, tidak sangka dia boleh terlibat dalam perkara yang tidak ada kena mengena langsung dengan diri dia. Cemburu orang perempuan memang boleh membunuh kan? Hal yang tak betul pun boleh jadi betul dari pandangan mata yang menipu tu.
            “Nak explain apa lagi? I ingat you mintak I datang sini untuk kita berbincang hal kita, rupanya you nak suruh I tengok babak asmaradana you dengan perempuan ni pulak!”
            “Mana ada! I tak ada apa-apa dengan dialah. Dia cuma tolong I saja. Bunga tu untuk you!” Megat Talhah mempertahankan dirinya, terasa tak wajar saja Melissa terus hendak menuduhnya melulu sebegitu. Kaitkan dia dengan perempuan yang entah apa-apa ini pulak tu.
            “Stop it, Tal. Tak payah nak menipulah, mata I tak rabun lagilah. I nampak you bagi bunga tu dekat dia.” Melissa mendengus.
            Ajda tersentak, tak sangka macam tu pulak yang perempuan cantik di hadapannya itu fikirkan.
            “Cik... cik!” Ajda memanggil membuatkan Melissa memandang ke arah Ajda.
            “Apa?” Melissa mengangkat kening, tidak puas hati.
            “Minta maaf ya, memang cik salah faham. Saya tahu mata cik tak rabun macam cik cakap tadi tapi mungkin mata cik ada sikit kero. Sebenarnya saya tengah bagi bunga ni dekat Encik Megat, bukan sebaliknya. Lagi satu, saya bagi bunga ni bukan sebab saya nak mengurat Encik Megat atau apa ya, saya tolong Encik Megat saja collect bunga ni dekat kedai tadi, kalau tak salah saya untuk Cik Melissa, menurut tulisan yang ada dekat nota yang terselit dekat bunga inilah. Cik ni, Cik Melissa kan? Jadi confirm bunga ni untuk Cik. Nah...” Ajda melangkah ke arah Melissa dan menghulurkan bunga itu kepada Melissa.
            Melissa terkedu namun menyambut bunga itu tanpa bersuara.
            “Saya bakal vendor dekat butik ni. Itu saja, tak ada benda lain dah. Bateri kereta saya habis, Pak Kahar tolong tukarkan jadi saya tolong pulak Pak Kahar ambil bunga ni dari kedai bunga bagi pihak Encik Megat. Itu saja. Tak ada niat lain. Paham?”
            Melissa masih terdiam.
            “Paham kan? Ok jangan gaduh-gaduh. Hal rumahtangga, bawak bincang elok-elok ya. Assalammualaikum!” Ajda mengangkat tangannya sebelum laju melarikan diri dari situasi tegang itu. Keretanya dipecut meninggalkan tempat parkir di hadapan butik Talqisya itu tanpa menoleh ke belakang lagi. Tak sanggup dia nak menjadi orang ketiga dalam masalah Megat Talhah dan pasangannya itu.
            “See? Kan I dah cakap.” Megat Talhah bersuara sebaik kereta Ajda hilang dari pandangan. Sungguh dia terkejut dengan tindakan pantas Ajda menjelaskan segalanya tanpa memberi peluang kepada Melissa untuk bersuara. Sekurang-kurangnya penjelasan senafas itu dapatlah menyelamatkan keadaan. Tak perlu dia nak menyusun ayat memujuk Melissa lagi, menjelaskan perkara yang sudah jelas lagi nyata, langsung tidak berasas.
            Melissa melepaskan keluhan dari bibir mungilnya.

            “But still, we need to talk, Tal.” Melissa memandang Megat Talhah dengan pandangan yang sukar sekali Megat Talhah tafsirkan.

Suka? =)

3 comments:

  1. Haha kelakar tengok si Ajda nie.... nice one...

    ReplyDelete
  2. Keep writing....cpt sikit ek....*peace*

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u