“TERIMA kasih banyak, Encik Megat.” Ajda bersuara lagi saat mereka tiba di hadapan butik Talqisya sebelum dia pantas keluar dari perut kereta. Mahu cepat-cepat bebas dari situasi kekok yang dia alami sedari tadi. Tak tahulah lelaki spesies apa Encik Megat ni, aura dingin dia lain macam. Seram sejuk Ajda jadinya saat mereka duduk bersebelahan, harap-harap takkan adalah kali kedua keadaan macam ni, tak sanggup dia nak ulang kembali.
“Sementara
Pak Kahar tukarkan bateri kereta tu, awak duduk sajalah dalam butik.” Sempat
lelaki itu berpesan kepada Ajda sebelum dia melangkah masuk ke dalam butik
tanpa menoleh ke arah Ajda lagi.
Ajda
menarik nafas lega, baru rasa boleh bernafas dengan lancar kembali. Kalau tak,
rasa macam kena dapatkan bantuan oksigen saja. Dadanya berdebar lain macam,
bukan sebab jatuh cinta atau yang sewaktu dengannya, tetapi sebab rasa tidak
selesa berada bersama lelaki itu, kedinginannya bisa membunuh!
“Ajda
pergilah masuk dalam, nanti dah siap Pak Kahar panggil.” Suara Pak Kahar yang
tiba-tiba kedengaran membuatkan Ajda tersedar. Lekas dia berpaling memandang
lelaki tua itu sebelum menggeleng.
“Tak
apalah Pak Kahar. Saya temankan Pak Kahar dekat sini saja. Kesian Pak Kahar
bersusah sebab saya.”
“Alah
tak apa, Pak Kahar dah biasa buat kerja-kerja macam ni. Dulu masa Pak Kahar
bawak teksi dulu, semua Pak Kahar baiki sendiri kalau teksi Pak Kahar rosak.
Tapi kalau rosak sikit-sikit sajalah.” Pak Kahar tersengih.
“Oh
Pak Kahar bawak teksi dulu?”
“Ya,
lebih kurang lima belas tahun jugaklah Pak Kahar bawak teksi sebelum kerja
dengan Encik Megat.”
“Uih
lama tu. Habis kenapa Pak Kahar berhenti bawak teksi dan jadi driver
Encik Megat pulak?”
“Dah
Encik Megat offer Pak Kahar kerja ni, Pak Kahar terima jelah. Lagipun Pak
Kahar dah tua, tak larat nak bawak teksi sampai lewat malam. Kerja sekarang pun
tak sepenat bawa teksi dulu, lagi banyak rehat dari memandu sana sini.”
“Oh
macam tu.” Ajda menggangguk-anggukkan kepalanya. Seronok berbual dengan Pak
Kahar yang mungkin sebaya abahnya kalau abahnya masih hidup. Terasa macam
berbual dengan abahnya sendiri pulak.
“Ajda
masuklah dalam dulu. Panas ni, nanti gelap kulit tu. Macam Pak Kahar ni tak
apa, dah berkedut tak ada siapa kisah kalau gelap pun.” Pak Kahar ketawa
membuatkan Ajda ikut ketawa.
“Ada-ada
jelah Pak Kahar. Saya tak kisah pun gelap, saya bukan lawa pun sampai nak kena
jaga kulit tak bagi kena panas.” Ajda merenung tangannya yang disimbahi cahaya
matahari saat itu.
“Eh
apa tak lawanya, lawa je Pak Kahar tengok, cuma kamu tak mekap saja macam
perempuan-perempuan zaman sekarang. Baguslah macam ni, natural beauty.”
“Amboi
pandai ya Pak Kahar speaking.”
“Biasalah
dulu selalu bercakap dengan pelancong asing. Warga asing pun biasa sampai teksi
Pak Kahar jadi semerbak.” Pak Kahar tersengih penuh makna.
Ajda
ketawa, memahami maksud Pak Kahar itu.
MEGAT Talhah memerhati gadis yang
sedang ketawa itu dari sebalik cermin kaca butik Talqisya itu. Gadis itu nampak
lain benar dengan gadis-gadis yang dia pernah kenali selama ini termasuk
Melissa. Gadis lain sentiasa mahu kelihatan cantik dan bergaya sedangkan gadis
itu nampak selekeh saja dengan tudung bawal pin di tengah, jubah hitam kosong dan
kasut sneakers. Entah dari mana dia belajar bergaya macam tu, rasa tak
kena saja melihatnya.
Tapi
entah kenapa, ada sesuatu pada gadis itu yang buat Megat Talhah rasa tertarik
untuk perhatikan, mungkin personalitinya yang mesra dengan orang lain walaupun
dengan dia, gadis itu nampak takut-takut. Ah siapa yang tak takut dengan Megat
Talhah? Sampaikan ramai yang tak jadi nak memohon vendor sebaik saja berjumpa
dengan dia, tak tahan melayan songeh Megat Talhah.
Ah,
kenapa harus aku berfikir tentang perempuan lain sedangkan masalah aku dengan
Melissa pun belum selesai? Cari pasal betul kau ni Tal!
Pantas
Megat Talhah mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Beberapa
kali cubaan barulah panggilannya itu berjawab.
“Apa?”
datar saja suara di sebelah sana menjawab.
“We
need to talk, Melissa.”
“Nak
cakap apa lagi? Kalau you just nak cakap pasal benda yang I tak boleh realisasikan
tu baik you berhenti saja. Tak ada guna untuk kita berbincang apa-apa lagi.”
“Okay
I faham you tak ready. Ok fine, I takkan cakap pasal tu lagi
sebelum you sedia. Now, can we meet?”
Terdengar
keluhan dari bibir Melissa di talian sebelah sana.
“Untuk
apa?”
“Saja
nak jumpa, takkan I tak boleh jumpa kekasih I.”
“Okay.
Nanti lepas I habis photoshoot ni, I datang butik you. Kita keluar makan,
I pun ada benda nak cakap sebenarnya.”
“Okay,
Melissa. I jumpa you nanti.”
“Okay.
Bye.”
Talian
dimatikan. Megat Talhah menarik nafas lega mendengar suara Melissa yang kembali
normal. Harap-harap mood Melissa pulihlah lepas ni, kalau tidak dia yang
serabut bila memikirkan wajah Melissa yang asyik mencuka bila dia membangkitkan
soal perkahwinan. Apalah nasib, ada kekasih hati pun tak nak kahwin-kahwin lagi
padahal dia dah kategori bujang terlajak dah ni. Hesy!
“Pak Kahar, tak siap lagi ke?” suara
garau yang menerpa itu membuatkan Ajda dan Pak Kahar sama-sama berpaling ke
arah suara tersebut. Megat Talhah sedang berdiri tegak sambil kedua belah
tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
“Sikit
lagi Encik Megat, nak siap dah.”
“Hmmm
tak apalah, lepas siap ni tolong saya ya. Collect barang dekat kedai ni, saya
nak urgent, budak delivery dia orang masih ada dekat luar. Ini duitnya.” Megat
Talhah menghulurkan tiga keping not ungu dan sekeping kad nama kepada Pak Kahar
dan disambut lelaki tua itu bersama anggukan faham.
“Baik
Encik Megat.” Pak Kahar menyimpan duit tersebut sebelum kembali fokus memasang
bateri baru pada kereta Ajda.
Ajda
diam, langsung tidak memandang Megat Talhah sebaik dia sedar Megat Talhah yang
memanggil Pak Kahar tadi.
“Kenapa tak masuk dalam butik?”
suara garau itu bergema lagi dan Ajda mengerti soalan itu ditujukan buatnya.
Nak tak nak dia terpaksa memandang Megat Talhah.
“Saja. Nak temankan Pak Kahar,
lagipun saya yang susahkan Pak Kahar sebab kena tukarkan bateri kereta saya
ni.”
Megat Talhah mengangguk mendengar
jawapan Ajda itu sebelum dia melangkah kembali masuk ke dalam butik Talqisya
tanpa sebarang bicara lagi.
Sekali lagi Ajda menarik nafas lega
sebaik kelibat itu hilang dari pandangan. Matanya beralih ke arah Pak Kahar
yang tiba-tiba saja gelak.
“Kenapa Pak Kahar gelak?” Kening
Ajda terjongket.
“Pak Kahar tengok kamu macam takut
sangat dengan Encik Megat tu. Lucu pulak Pak Kahar perhati gelagat kamu bila
berdepan dengan dia.”
Ajda tersengih.
“Macam mana tak takut, muka ketat
dua puluh empat jam. Tapi...” Ajda melepas pandangannya ke arah butik sebelum
matanya tertancap pada batang tubuh Megat Talhah yang sedang memandangnya dari
cermin kaca. Cepat-cepat lelaki itu mengalih pandangan dan berlalu jauh dari
pandangan Ajda.
“Tapi apa?” Pak Kahar laju menyoal
apabila Ajda tiba-tiba saja diam. Ajda kembali memandang Pak Kahar, walaupun
hatinya masih berasa pelik kenapa Megat Talhah memerhati mereka dari luar.
Takut Pak Kahar mengelat kerja ke? Hesy tegas betul!
“Oh... tapi barang apa yang Pak
Kahar kena collect tu?”
“Entah. Bunga kot sebab dekat kedai
bunga.”
Kening Ajda terangkat tinggi.
“Bunga? Buat apa? Encik Megat dan
bunga? Euww tak boleh bayang.”
Pak Kahar tergelak kecil.
“Untuk Cik Melissa agaknya. Selalu
macam tulah, kadang-kadang memang Encik Megat belikan bunga untuk Cik Melissa.”
“Cik Melissa? Kekasih Encik Megat
ya? Dengar nama pun dah rasa orangnya cantik.”
“Haah. Cantik, model muslimah.”
Jawab Pak Kahar tanpa memandang ke arah Ajda.
Ajda menggangguk, benar telahannya.
Namanya memang secantik orangnya, kalau model tu sah-sahlah cantik kan.
“Pak Kahar dah siap tukarkan bateri
ni. Ajda cuba hidupkan kereta, kalau okay dah boleh geraklah.” Pak Kahar
mengangkat wajahnya setelah lama dia memandang bonet hadapan kereta Ajda sedari
tadi.
“Okay.” Ajda bingkas masuk ke dalam
keretanya dan cuba menghidupkan enjin dengan memulas kunci keretanya. Lampu
amaran di dashboard yang kembali menyala serta bunyi enjin yang kedengaran
menandakan keretanya sudah bisa dihidupkan semula.
“Alhamdulillah. Terima kasih Pak Kahar, berapa
saya kena bayar ni?” Ajda bernada teruja sebaik masalahnya itu selesai.
“Eh tak payahlah, bateri tu kan Ajda
dah bayar sendiri masa kita singgah beli tadi.” Pak Kahar bersuara sambil
menutup bonet kereta setelah yakin bateri yang ditukarnya itu sudah berfungsi
dengan baik.
“Bateri tu memanglah saya bayar,
tapi penat lelah Pak Kahar ni patutnya saya kena balas jugak. Nah, lima puluh
ringgit cukup tak?” Ajda menghulurkan not duit itu kepada Pak Kahar tetapi laju
Pak Kahar menggeleng.
“Tak payah, Pak Kahar buat ni
ikhlas. Lagipun Encik Megat yang arahkan Pak Kahar tadi jadi maksudnya memang
Pak Kahar buat kerja Pak Kahar sajalah.”
“Alah, saya pun ikhlas Pak Kahar.
Arahan Encik Megat tu memanglah tanggungjawab Pak Kahar tapi saya dah kira
menyusahkan Pak Kahar.”
“Tak payahlah. Simpan duit tu.” Pak
Kahar masih tegar menolak membuatkan Ajda memikirkan cara lain untuk membalas
budi lelaki tua itu.
“Hmmm macam tu Pak Kahar rehat dekat
sini, biar saya saja yang pergi ambik bunga yang Encik Megat mintak tadi.”
“Eh tak payahlah, apa pulak kata
Encik Megat nanti.”
“Tak apa, Pak Kahar. Pak Kahar duduk
je, serahkan saja perkara ni dekat saya. Bukannya susah pun kan? Lagipun tak
ada beza kalau saya atau Pak Kahar yang ambilkan, bukannya bunga tu boleh
berubah jadi lain kan?” Ajda tersengih, yakin dengan cadangannya itu.
Pak Kahar kelihatan terdiam.
Kesungguhan Ajda untuk menolong bagi membalas budi membuatkan dia tidak sampai
hati lagi untuk menolak permintaan gadis itu. Perlahan dia mengangguk. Tiga
keping not seratus berserta kad nama yang Encik Megat berikan tadi dia hulurkan
kepada gadis itu.
“Bila sampai dekat kedai tu, Ajda
cakap Ajda dari Talqisya okay. Nanti dia orang fahamlah, biasanya Encik Megat
dah buat tempahan awal.” Pak Kahar memberikan panduan.
“Okay bereh boh!” Ajda tersengih
sebelum masuk ke dalam keretanya dan memecut laju. Lega Pak Kahar sudi juga
menerima pertolongannya setelah begitu besar pertolongan yang Pak Kahar berikan
kepadanya tadi.
Suka? =)
Best ✌ lagi
ReplyDelete..lagi...
Lg...cpt tau....
ReplyDelete