~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Wednesday, March 2, 2016

Novel : Mamat Muka Selenga Bab 1



Bab 1
Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Memang aku tak hendak memang aku tak ingin!
AKU tersengih sambil memeluk bantal pelukku erat. Wajah Lee Min Ho yang sedang asyik bertarung dengan seseorang di dalam laptop, aku tatap dengan penuh minat sambil berangan yang jejaka Korea itu sedang menyelamatkan nyawa aku. Ah gagah perkasa sungguh jejaka berwajah jambu ini. Ahai!
Pap! Sebijik bantal melayang lalu tepat jatuh ke atas kepala aku, buatkan aku lekas menoleh sambil menggosok kepala yang masih terasa sengal.
“Woi, tak ada kerja ke ganggu orang dating?” aku buat muka bengis kepada Hajar yang memandang dengan sengihan nakal.
“Padan muka. Ralit lagi dok tatap muka jambu Korea tu. Kau tu yang tak ada kerja, asyik-asyik layan cerita Korea, tak ada cerita lain ke nak tengok?” Hajar yang tadinya tercegat di muka pintu, menghampiri aku sebelum melabuhkan punggungnya di sisiku. Aku menegakkan badan, wajah Hajar aku tenung dengan dahi berkerut.
“Sejak bila kau kisah, aku dok melayan cerita Korea ni? Selalu tak pernah ambil port pun.” Aku mencebik, cerita City Hunter yang sedang ditayang di skrin laptopku, pantas aku hentikan. Menganggu konsentrasi betullah, Cik Hajar ini!
“Aku bukan apa, sekali dua bolehlah tahan. Kalau sampai empat belas kali kau ulang tayang cerita tu sambil tersengih sorang-sorang macam tu, kau fikir aku tak risau? Kang tak pasal-pasal kawan aku sorang ni kena tahan dekat wad gila.”
“Ish mulut kau!” aku mendengus. Bingkas aku bangun dari katil sebaik menutup skrin laptop, membiarkan laptop itu ke sleep mode. Hajar cuma ketawa sambil mengekor langkahku yang menyusup masuk ke dapur.
“Hah, macam ni kan bagus, bukannya asyik menghadap laptop saja. Buatkan untuk aku sekali eh?” Hajar tersengih di tepiku saat aku sedang menuang susu pekat ke dalam muk, mahu membuat air kopi susu panas.
“Kau tu memang, ambil kesempatan saja eh. Buat sendiri malas!” aku mencebik, namun sebiji lagi muk sudah aku ambil dari rak, tidak mahu menghampakan sahabat serumahku itu.
“Terima kasih. Sayang kau ketat-ketat!” Hajar tersengih lagi.
“Tak payah nak ketat-ketat sangat eh, nanti tak boleh bernafas aku. Kau ni kenapa? Nampak bosan je, selalu tak adalah terkesan sangat bila aku menghadap laptop. Hari ini lain pula ceritanya, kenapa?” aku menyoal sambil merasa sedikit kopi itu dengan sudu kecil. Hmm sedap! Hihi tak malu puji air bancuhan sendiri.
Hajar buat muka toya. Matanya dikerling ke atas, seolah memikirkan sesuatu yang menyelirat benaknya.
“Faiz sibuk. Dia tak ada masa nak balas mesej aku pun.” Wajah Hajar kian masam. Ah salah ke soalan aku tadi? aku garu kepalaku sendiri, rasa bersalah.
“Ala relakslah, Jar. Dia kan nak kumpul duit untuk belanja kahwin kau orang nanti. Kau kenalah faham dia. Sekarang bukan masa nak asyik bercinta dah.”  aku menggosok bahu Hajar perlahan. Cuba menenangkan gundah sahabatku itu.
Sengihan kembali terlukis di bibir Hajar. Kopi yang masih panas itu dihirup agak rakus. Nak hilangkan stress lah tu!
“Aku faham. Cuma aku bosan la, bila dia sibuk macam sekarang ni. Kau pulak sibuk menghadap cerita Korea tu.” Hajar mengelap bibirnya yang sudah comot dek buih kopi.
“Kau kena fahamlah, aku pun kena ada masa berdating jugak.” aku ketawa, membuatkan Hajar lekas mencubit lenganku.
“Haih, gila kau ni. Orang lain sibuk cari pasangan dalam dunia sebenar, kau pulak dok berangan-angan dengan hero-hero Korea tu. Bila masa kau nak jumpa jodoh kau kalau macam ni?”
“Ala, nanti datanglah tu. Sekali datang muka macam Lee Min Ho, perghh! Laju saja aku terima dia tau! Tak payah bercinta-cinta dah.”
“Amboi, yakinnya! Kalau sekali yang datang, muka biasa je macam mana?”
“Tak kuasa aku!” aku menggeleng-gelengkan kepalaku tanda tidak mampu menerima pertanyaan Hajar yang bagiku tidak relevan.
“Ish mengada gila kau ni, Fatihah. Tengok la nanti, orang cakap yang kita tak suka tu yang kita dapat.”
“Ish kau janganlah nak bagi aku cuak. Oklah, aku terima jelah kalau yang datang tu muka selenga sekalipun.” aku bersuara tanpa berfikir panjang.
“Amin!” laju saja Hajar mengaminkan sambil ketawa berdekah-dekah.
“Hajarrr!!!” aku sebal. Lain yang difikirkan lain pula yang jadi. Ingatkan bila bercakap begitu, akan jadi hal yang sebaliknya nanti. Tak pasal-pasal kata-kata aku diaminkan Hajar. Ish mintak simpang la.

AKU membebel-bebel dalam hati, panas hati masih belum surut. Rasa bernanah saja telinga bila Hajar suka-suka saja mendoakan aku dapat jodoh bermuka selenga. Tolonglah! Tak hingin aku!
“Assalammualaikum! Assalammualaikum! Assalammualaikum!” suara orang memberi salam bertalu-talu, membuatkan aku tersentak. Dengan pantas aku mencapai tudung yang tersidai di atas sofa sebelum berlalu ke muka pintu. Hajar sudah membawa diri di dalam biliknya setelah puas mengusik aku tadi. Itu mesti dia tersengih-sengih sendiri, puas hati sebab berjaya buatkan aku trauma.
“Waalaikumussalam.” aku menjawab perlahan-lahan sambil memandang jejaka yang berdiri di hadapanku saat ini atas bawah. Tengok dari bawah memang dah cukup segak, dengan tingginya macam model, bertshirt putih berseluar jeans lusuh dengan gitar dikendong di belakang. Memang sempoi habislah tapi bila dilihat di atas, sekali... selenga habis!
“Hah kak. Nak tumpang tanya, Makcik rumah sebelah pergi mana?” sopan dia menyoal sambil menyengih menampakkan gigi taringnya. Dia panggil aku ‘kak’? Huh!
“Err... Mak Ngah Ana eh?”
“Hah, betul!” laju jejaka itu membalas dengan jari telunjuknya siap digawangkan. Seolah aku ini anak muridnya yang berjaya menjawab soalan trivia Sejarah dengan tepat.
Apa kena bersemangat sangat mamat ni? Poyo! Mataku sudah dijuling ke atas.
“Tak pasti lah pulak. Pergi pasar malam kot?” aku menebak sendiri sambil mataku mengerling ke arah jejaka itu dan rumah sebelah yang berkunci mangga silih berganti. Apa kaitan mamat ni dengan Mak Ngah Ana tu eh?
“Oh macam tu ye kak. Tak apalah, saya tunggu dekat sini ajelah, ya.” Dia tunduk hormat sebelum berlalu ke atas bangku kosong milik Mak Ngah Ana yang sengaja diletak di situ. Aku masih memerhati jejaka itu dari jauh, geram apabila dibahasakan sebagai kakak oleh jejaka itu. Dahlah tak handsome. Huh!
“Hah! Ushar apa?” Hajar yang entah dari mana, tiba-tiba menepuk bahuku, membuatkan aku terloncat keluar dari rumah. Wajahku merah menahan malu apabila menyedari yang aku sudah berada di luar rumah dan sedang diperhatikan mamat itu dengan sengihan di bibir. Dengan pantas aku masuk semula ke dalam rumah dan menyorok dari sebalik dinding.
“Kau ni kenapa? Dah macam James Bond aku tengok.” Hajar tersengih, mentertawakan aku dalam hatilah tu.
“Syhh! Diamlah. Malas aku layan kau!” aku segera berlalu masuk ke bilik, sebal dengan Hajar.

DIAM. Aku duduk di birai katil sambil memeluk Momo, patung lembu tenusu aku itu dengan erat, badan dah terasa macam seram-seram sejuk. Rasa macam terkena sumpahan pun ada. Hajar yang ada di luar, tiba-tiba menjenguk ke muka pintu. Gadis itu mengambil tempat di sebelahku sambil tak henti merenung aku. Hajar pandang aku, aku pandang Hajar balik. Kami sama-sama membalas renungan namun masing-masing masih hanyut dalam jeda yang panjang.
“Kenapa pandang aku macam tu?” aku memberanikan diri, menyoal Hajar dengan wajahku yang sudah mencuka. Hajar yang terkedu, pecah tawanya. Mungkin lucu melihat aku membentak sebegitu.
“Tak sangka mulut aku ni masin kan?” Hajar ketawa lagi.
“Mulut kau tu memanglah, Jar!” Akhirnya aku bersuara dengan wajah sebal. Tak sangka tiba-tiba saja muncul pula jejaka berwajah selenga di luar tadi. Mimpi ngeri aku malam ni!
“Patutlah aku tengok kau semacam aja tadi. Tercegat depan pintu punyalah lama sampai aku ada dekat belakang kau pun kau tak perasan. Rupanya dah jumpa jodoh.” Hajar mengusik lagi. Hesy ada juga yang kena sumbat dengan cili padi malam ni. Grrr!
“Diamlah, Hajar!” aku baling Momo kepada Hajar dan tepat mengena dahi gadis itu.
“Adeh! Sakitla!” Hajar membaling semula Momo padaku. Aku hanya menjelir lidah saat menangkap Momo semula dan menarik kembali ke dalam pelukanku.
“Risau aku tengok kau tadi, kaku je depan pintu. Ingatkan dah kena sampuk dengan jin mana Maghrib-Maghrib begini. Nasib kau tak buka langkah silat jurus petala langit ke lapan tadi. Karang tak pasal aku nak kena menjawab dengan mak ayah kau.”
“Sengetlah kau ni, Hajar!” aku nak tergelak walaupun hati masih rasa masam-masam pedas bila tengok mamat tu tadi.
“Tapi siapa eh dia tu? Tiba-tiba je muncul Maghrib-Maghrib begini?” tiba-tiba Hajar menyoal dengan serius. Nak tergelak aku tengok wajahnya yang dah berubah riak.
“Mungkin betul-betul jin kot?” aku sengaja mengusik buatkan mata Hajar membulat memandang aku.
“Ceh merepek! Kalau nak kata jin tu memang tak la. Tapi kalau nak kata bunian, lagilah bukan sebab bunian semuanya kacak-kacak.”
“Amboi, kau pernah jumpa bunian ke Cik Hajar?” Hajar sengih sebelum menggeleng.
“Tapi kan dalam cerita, selalunya bunian tu segak-segak.” Hajar masih cuba mempertahankan teorinya.
“Iyelah tu. Aku rasa dia tu saudara Mak Ngah Ana tu kot.” Aku bersuara sambil bingkas bangun dari katil. Momo aku letakkan kembali ke tempat asal di atas katil itu.
“Hmm mungkinlah.” Hajar masih termangu di atas katil aku.
“Dahlah, tak payahlah fikirkan pasal mamat tadi tu. Baik kau pergi mandi sekarang, dari balik kerja tadi sampai sekarang kau tak mandi lagi kan? Karang aku report dekat Faiz yang kau ni malas mandi.” Aku sengih mengusik.
“Amboi sejak bila berkomplot dengan Faiz, main aci report-report ni?” Hajar bangun sambil bercekak pinggang.
“Sejak Faiz bagi mandat dekat aku untuk tolong tengok-tengokkan kau dekat rumah.” Aku ketawa kecil.
“Kalau macam tu, aku nak komplot dengan mamat tadi la. Aku nak suruh dia mengorat kau. Aci tak?”
“Tak aci! Tak ingin! Jangan mengada eh Hajar!” aku memberi amaran. Ceh, macamlah betul mamat tu nak ikut cakap Hajar nak mengorat aku kan? Tolonglah Cik Fatih!
“Ha, tahu pun takut.” Hajar tersengih, sebelum berlalu keluar dari bilikku.
 “Tapi kalau dia sendiri nak mengorat kau, aku tak boleh buat apa-apa.” Hajar tiba-tiba tersembul semula dan bersuara sebelum bibirnya mengukir sengih mengusik kembali.
“Hajarrrr!!!” bayang Hajar hilang sebaik Momo melayang ke muka pintu bilik. Huh! Pinggan tak retak, nasi tak dingin, memang aku tak hendak, memang aku tak ingin!

Suka? =)

1 comment:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u