Bab 1
Pinggan
tak retak nasi tak dingin,
Memang
aku tak hendak memang aku tak ingin!
AKU tersengih sambil memeluk bantal pelukku erat. Wajah Lee Min Ho
yang sedang asyik bertarung dengan seseorang di dalam laptop, aku tatap dengan
penuh minat sambil berangan yang jejaka Korea itu sedang menyelamatkan nyawa
aku. Ah gagah perkasa sungguh jejaka berwajah jambu ini. Ahai!
Pap! Sebijik bantal melayang lalu tepat jatuh ke atas kepala aku, buatkan
aku lekas menoleh sambil menggosok kepala yang masih terasa sengal.
“Woi, tak ada kerja ke ganggu orang dating?” aku buat muka bengis kepada Hajar yang memandang dengan
sengihan nakal.
“Padan muka. Ralit lagi dok tatap muka jambu Korea tu. Kau tu yang
tak ada kerja, asyik-asyik layan cerita Korea, tak ada cerita lain ke nak
tengok?” Hajar yang tadinya tercegat di muka pintu, menghampiri aku sebelum
melabuhkan punggungnya di sisiku. Aku menegakkan badan, wajah Hajar aku tenung
dengan dahi berkerut.
“Sejak bila kau kisah, aku dok melayan cerita Korea ni? Selalu tak
pernah ambil port pun.” Aku mencebik,
cerita City Hunter yang sedang ditayang di skrin laptopku, pantas aku hentikan.
Menganggu konsentrasi betullah, Cik Hajar ini!
“Aku bukan apa, sekali dua bolehlah tahan. Kalau sampai empat belas
kali kau ulang tayang cerita tu sambil tersengih sorang-sorang macam tu, kau
fikir aku tak risau? Kang tak pasal-pasal kawan aku sorang ni kena tahan dekat
wad gila.”
“Ish mulut kau!” aku mendengus. Bingkas aku bangun dari katil
sebaik menutup skrin laptop, membiarkan laptop itu ke sleep mode. Hajar cuma ketawa sambil mengekor langkahku yang
menyusup masuk ke dapur.
“Hah, macam ni kan bagus, bukannya asyik menghadap laptop saja.
Buatkan untuk aku sekali eh?” Hajar tersengih di tepiku saat aku sedang menuang
susu pekat ke dalam muk, mahu membuat air kopi susu panas.
“Kau tu memang, ambil kesempatan saja eh. Buat sendiri malas!” aku
mencebik, namun sebiji lagi muk sudah aku ambil dari rak, tidak mahu menghampakan
sahabat serumahku itu.
“Terima kasih. Sayang kau ketat-ketat!” Hajar tersengih lagi.
“Tak payah nak ketat-ketat sangat eh, nanti tak boleh bernafas aku.
Kau ni kenapa? Nampak bosan je, selalu tak adalah terkesan sangat bila aku
menghadap laptop. Hari ini lain pula ceritanya, kenapa?” aku menyoal sambil
merasa sedikit kopi itu dengan sudu kecil. Hmm sedap! Hihi tak malu puji air
bancuhan sendiri.
Hajar buat muka toya. Matanya dikerling ke atas, seolah memikirkan
sesuatu yang menyelirat benaknya.
“Faiz sibuk. Dia tak ada masa nak balas mesej aku pun.” Wajah Hajar
kian masam. Ah salah ke soalan aku tadi? aku garu kepalaku sendiri, rasa
bersalah.
“Ala relakslah, Jar. Dia kan nak kumpul duit untuk belanja kahwin kau
orang nanti. Kau kenalah faham dia. Sekarang bukan masa nak asyik bercinta
dah.” aku menggosok bahu Hajar perlahan.
Cuba menenangkan gundah sahabatku itu.
Sengihan kembali terlukis di bibir Hajar. Kopi yang masih panas itu
dihirup agak rakus. Nak hilangkan stress lah tu!
“Aku faham. Cuma aku bosan la, bila dia sibuk macam sekarang ni.
Kau pulak sibuk menghadap cerita Korea tu.” Hajar mengelap bibirnya yang sudah comot
dek buih kopi.
“Kau kena fahamlah, aku pun kena ada masa berdating jugak.” aku ketawa, membuatkan Hajar lekas mencubit lenganku.
“Haih, gila kau ni. Orang lain sibuk cari pasangan dalam dunia
sebenar, kau pulak dok berangan-angan dengan hero-hero Korea tu. Bila masa kau
nak jumpa jodoh kau kalau macam ni?”
“Ala, nanti datanglah tu. Sekali datang muka macam Lee Min Ho,
perghh! Laju saja aku terima dia tau! Tak payah bercinta-cinta dah.”
“Amboi, yakinnya! Kalau sekali yang datang, muka biasa je macam
mana?”
“Tak kuasa aku!” aku menggeleng-gelengkan kepalaku tanda tidak
mampu menerima pertanyaan Hajar yang bagiku tidak relevan.
“Ish mengada gila kau ni, Fatihah. Tengok la nanti, orang cakap
yang kita tak suka tu yang kita dapat.”
“Ish kau janganlah nak bagi aku cuak. Oklah, aku terima jelah kalau
yang datang tu muka selenga
sekalipun.” aku bersuara tanpa berfikir panjang.
“Amin!” laju saja Hajar mengaminkan sambil ketawa berdekah-dekah.
“Hajarrr!!!” aku sebal. Lain yang difikirkan lain pula yang jadi.
Ingatkan bila bercakap begitu, akan jadi hal yang sebaliknya nanti. Tak
pasal-pasal kata-kata aku diaminkan Hajar. Ish mintak simpang la.
AKU membebel-bebel dalam hati, panas hati masih belum surut. Rasa
bernanah saja telinga bila Hajar suka-suka saja mendoakan aku dapat jodoh bermuka
selenga. Tolonglah! Tak hingin aku!
“Assalammualaikum! Assalammualaikum! Assalammualaikum!” suara orang
memberi salam bertalu-talu, membuatkan aku tersentak. Dengan pantas aku
mencapai tudung yang tersidai di atas sofa sebelum berlalu ke muka pintu. Hajar
sudah membawa diri di dalam biliknya setelah puas mengusik aku tadi. Itu mesti dia
tersengih-sengih sendiri, puas hati sebab berjaya buatkan aku trauma.
“Waalaikumussalam.” aku menjawab perlahan-lahan sambil memandang jejaka
yang berdiri di hadapanku saat ini atas bawah. Tengok dari bawah memang dah
cukup segak, dengan tingginya macam model, bertshirt putih berseluar jeans
lusuh dengan gitar dikendong di belakang. Memang sempoi habislah tapi bila
dilihat di atas, sekali... selenga habis!
“Hah kak. Nak tumpang tanya, Makcik rumah sebelah pergi mana?”
sopan dia menyoal sambil menyengih menampakkan gigi taringnya. Dia panggil aku
‘kak’? Huh!
“Err... Mak Ngah Ana eh?”
“Hah, betul!” laju jejaka itu membalas dengan jari telunjuknya siap
digawangkan. Seolah aku ini anak muridnya yang berjaya menjawab soalan trivia
Sejarah dengan tepat.
Apa kena bersemangat sangat mamat ni? Poyo! Mataku sudah dijuling
ke atas.
“Tak pasti lah pulak. Pergi pasar malam kot?” aku menebak sendiri
sambil mataku mengerling ke arah jejaka itu dan rumah sebelah yang berkunci
mangga silih berganti. Apa kaitan mamat ni dengan Mak Ngah Ana tu eh?
“Oh macam tu ye kak. Tak apalah, saya tunggu dekat sini ajelah, ya.”
Dia tunduk hormat sebelum berlalu ke atas bangku kosong milik Mak Ngah Ana yang
sengaja diletak di situ. Aku masih memerhati jejaka itu dari jauh, geram
apabila dibahasakan sebagai kakak oleh jejaka itu. Dahlah tak handsome. Huh!
“Hah! Ushar apa?” Hajar
yang entah dari mana, tiba-tiba menepuk bahuku, membuatkan aku terloncat keluar
dari rumah. Wajahku merah menahan malu apabila menyedari yang aku sudah berada
di luar rumah dan sedang diperhatikan mamat itu dengan sengihan di bibir.
Dengan pantas aku masuk semula ke dalam rumah dan menyorok dari sebalik
dinding.
“Kau ni kenapa? Dah macam James Bond aku tengok.” Hajar tersengih, mentertawakan
aku dalam hatilah tu.
“Syhh! Diamlah. Malas aku layan kau!” aku segera berlalu masuk ke
bilik, sebal dengan Hajar.
DIAM. Aku duduk di birai katil sambil memeluk Momo, patung lembu
tenusu aku itu dengan erat, badan dah terasa macam seram-seram sejuk. Rasa
macam terkena sumpahan pun ada. Hajar yang ada di luar, tiba-tiba menjenguk ke
muka pintu. Gadis itu mengambil tempat di sebelahku sambil tak henti merenung
aku. Hajar pandang aku, aku pandang Hajar balik. Kami sama-sama membalas
renungan namun masing-masing masih hanyut dalam jeda yang panjang.
“Kenapa pandang aku macam tu?” aku memberanikan diri, menyoal Hajar
dengan wajahku yang sudah mencuka. Hajar yang terkedu, pecah tawanya. Mungkin lucu
melihat aku membentak sebegitu.
“Tak sangka mulut aku ni masin kan?” Hajar ketawa lagi.
“Mulut kau tu memanglah, Jar!” Akhirnya aku bersuara dengan wajah
sebal. Tak sangka tiba-tiba saja muncul pula jejaka berwajah selenga di luar
tadi. Mimpi ngeri aku malam ni!
“Patutlah aku tengok kau semacam aja tadi. Tercegat depan pintu
punyalah lama sampai aku ada dekat belakang kau pun kau tak perasan. Rupanya
dah jumpa jodoh.” Hajar mengusik lagi. Hesy ada juga yang kena sumbat dengan
cili padi malam ni. Grrr!
“Diamlah, Hajar!” aku baling Momo kepada Hajar dan tepat mengena
dahi gadis itu.
“Adeh! Sakitla!” Hajar membaling semula Momo padaku. Aku hanya
menjelir lidah saat menangkap Momo semula dan menarik kembali ke dalam
pelukanku.
“Risau aku tengok kau tadi, kaku je depan pintu. Ingatkan dah kena
sampuk dengan jin mana Maghrib-Maghrib begini. Nasib kau tak buka langkah silat
jurus petala langit ke lapan tadi. Karang tak pasal aku nak kena menjawab
dengan mak ayah kau.”
“Sengetlah kau ni, Hajar!” aku nak tergelak walaupun hati masih
rasa masam-masam pedas bila tengok mamat tu tadi.
“Tapi siapa eh dia tu? Tiba-tiba je muncul Maghrib-Maghrib begini?”
tiba-tiba Hajar menyoal dengan serius. Nak tergelak aku tengok wajahnya yang
dah berubah riak.
“Mungkin betul-betul jin kot?” aku sengaja mengusik buatkan mata
Hajar membulat memandang aku.
“Ceh merepek! Kalau nak kata jin tu memang tak la. Tapi kalau nak
kata bunian, lagilah bukan sebab bunian semuanya kacak-kacak.”
“Amboi, kau pernah jumpa bunian ke Cik Hajar?” Hajar sengih sebelum
menggeleng.
“Tapi kan dalam cerita, selalunya bunian tu segak-segak.” Hajar
masih cuba mempertahankan teorinya.
“Iyelah tu. Aku rasa dia tu saudara Mak Ngah Ana tu kot.” Aku bersuara
sambil bingkas bangun dari katil. Momo aku letakkan kembali ke tempat asal di
atas katil itu.
“Hmm mungkinlah.” Hajar masih termangu di atas katil aku.
“Dahlah, tak payahlah fikirkan pasal mamat tadi tu. Baik kau pergi
mandi sekarang, dari balik kerja tadi sampai sekarang kau tak mandi lagi kan?
Karang aku report dekat Faiz yang kau
ni malas mandi.” Aku sengih mengusik.
“Amboi sejak bila berkomplot dengan Faiz, main aci report-report ni?” Hajar bangun sambil
bercekak pinggang.
“Sejak Faiz bagi mandat dekat aku untuk tolong tengok-tengokkan kau
dekat rumah.” Aku ketawa kecil.
“Kalau macam tu, aku nak komplot dengan mamat tadi la. Aku nak
suruh dia mengorat kau. Aci tak?”
“Tak aci! Tak ingin! Jangan mengada eh Hajar!” aku memberi amaran.
Ceh, macamlah betul mamat tu nak ikut cakap Hajar nak mengorat aku kan? Tolonglah
Cik Fatih!
“Ha, tahu pun takut.” Hajar tersengih, sebelum berlalu keluar dari
bilikku.
“Tapi kalau dia sendiri nak
mengorat kau, aku tak boleh buat apa-apa.” Hajar tiba-tiba tersembul semula dan
bersuara sebelum bibirnya mengukir sengih mengusik kembali.
“Hajarrrr!!!” bayang Hajar hilang sebaik Momo melayang ke muka
pintu bilik. Huh! Pinggan tak retak, nasi tak dingin, memang aku tak hendak,
memang aku tak ingin!
Suka? =)
=)
ReplyDelete