~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, March 15, 2016

Novel : Mamat Muka Selenga Bab 5



Bab 5
Harum mekar bunga kemboja
Kenapa setiap masa mesti ada dia?
“ENCIK Aydan tu memang segak kan. Macam wajah artis Korea pun ada. Siapa entah nama artis tu?” Sally masih tak jemu berbicara tentang topik ini walaupun aku sudah cuba mengelak dari berbicara tentang Encik Aydan. Tak mahu orang lain juga memberi tumpuan kepada jejaka idaman malaya seorang itu. Hesy! Kenapalah jejaka kacak sering jadi rebutan? Tak bolehkah aku seorang saja yang mahu gilakan Encik Aydan itu?
            “Lee Min Ho.” Aku menjawab datar walaupun rasa malas benar nak melayan keterujaan Sally waktu itu. Nasi putih berlaukkan ikan cencaru sumbat dan kuah asam pedas itu aku sekadar gaul-gaul dengan tangan sedangkan fikiranku menerawang ke arah lain. Asyik terbayang-bayang wajah si kacak Encik Aydan.
            “Assalammualaikum...”
            “Waalaikumussalam. Ya ada apa?” terdengar suara Sally menyahut salam seseorang tapi aku terasa malas benar nak ambil tahu dan memandang ke arah mereka.
            “Husna!” mataku membulat saat mendengar nama itu. Walaupun nama itu adalah sebahagian dari nama aku, tapi terasa alergik benar apabila ia disebut-sebut apatah lagi dari mulut seseorang yang suaranya nyaring bak petir itu.
            Aku angkat wajah dan memandang Sally di sebelahku sebelum mataku jatuh kepada wajah seseorang yang amat aku kenal walaupun baru beberapa hari wajah itu mengisi ruang hidupku. Macam mana tak kenal, kalau wajah selenga itu menyeringai memandang aku sampai menampakkan gigi taringnya yang mengalahkan Dracula itu.
            “Awak! Buat apa kat sini?”
            “Nak makan la. Takkan nak main takraw pulak.” Dia tersengih untuk kesekian kalinya. Hergh!
            “Tak payah nak buat lawaklah.” Aku mendengus kasar. Geram sungguh, tahap tak tahu nak cakap.
            “Boleh join sekali?” dia menyoal dengan tidak malunya sambil meletakkan air teh o panas dan pinggan nasinya di hadapan aku. Aduh memang tak makan samanlah mamat ni. Kenapalah dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, aku juga dia nak kacau?
            “Saya tak cakap boleh pun lagi.” Aku bersuara dengan rasa jengkel.
            “Alah tak apa, meja ni bukan Husna yang punya. Makcik kedai ni yang punya.” Dia bersuara lagi tanpa memandang aku, matanya sudah terarah ke arah nasinya sebelum dia menyuap nasi ke dalam mulut dengan lahap. Hesy hilang selera aku tengok dia mentekedarah macam tu. Macam dah sebulan tak jumpa nasi saja. Aku pandang sekeliling kedai itu, masih banyak saja lagi meja yang kosong. Ini tak lain tak bukan, sengaja mamat ni mengada-ngada nak makan dekat meja aku.
            Sally menguis lenganku membuatkan tumpuanku teralih ke arah Sally pula. Gadis yang hampir sebaya dengan aku itu mengangkat keningnya sambil mata menunjuk ke arah Fahmi di hadapan kami, mahu tahu siapakah gerangan lelaki itu. Aku sekadar menggelengkan kepala sambil menghela nafasku, susah nak terangkan kepada Sally di saat mamat kebuluran itu ada di hadapan kami.
            “Errr awak ni siapa?” soalan Sally kepada Fahmi membuatkan aku cepat-cepat menepuk tangan Sally. Ingatkan minah ni faham, rupanya dia tak faham isyarat aku tadi. Hadei!
            “Oh, maaf lupa nak kenalkan. Saya Fahmi, kawan Husna.” Fahmi tersengih walaupun mulut penuh dengan nasi.
            “Husna?” Sally pandang aku dengan wajah tidak percaya sebelum ketawa terkekek-kekek.
            “Diamlah, Sally. Nak ejek akulah tu.” Aku tarik muncung sedepa.
            “Tak sangka pulak Husna ada kawan lelaki. Tak pernah pulak dia cerita dekat saya.” Sally sengaja membahasakan diriku dengan nama Husna. Nak mengusiklah tu.
            “Kami baru je berkawan. Tapi dah rapatlah.”
            “Oh rapat ya...” kening Sally terangkat-angkat sambil memandang ke arah aku. Riak wajahnya macam nak mengatakan sesuatu.
            “Selama ni tak pernah nampak pun kat area sini?” Sally menyoal lagi. Dah macam polis soal siasat penjenayah je minah seorang ni. Dia ingat aku suka ke Fahmi berlama-lama dekat sini? biarlah mamat ni cepat-cepat makan dan cepat-cepat blah dari meja kita ni wahai Cik Saleha Haji Deraman oi!
            “Oh saya baru datang interview tadi, dekat Firma Nurul Iman. Alhamdulillah dah dapat, esok saya dah boleh start kerja.”
            “Firma Nurul Iman? Eh firma tu atas office kami sajalah. Kami kerja dekat Laman Murni Construction.” Sally bersuara teruja. Adoi kenapalah dia ni bocorkan habis rahsia dalam satu sesi saja? Tunggulah lain masa.
            “Eh ye ke? Bolehlah saya lawat Husna selalu.”
            “Boleh je. Datanglah, tapi jangan lupa bawak apa-apa.” Sally yang memang pandai mengayat sempat lagi memberikan pesanan penajanya.
            “Haha. Insya-Allah.”
            “Eh ok, sambunglah makan. Kesian awak, mesti lapar.” Fahmi sekadar mengangguk dan menyambung makannya yang tertangguh. Haih! Hilang terus selera aku nak makan bila jadi macam ni. Sudahlah Fahmi datang dekat meja ni, mengaku sebagai kawan aku, lepas tu Sally pergi bagitahu mamat ni pasal office pulak. Adei apalah malang nasibku ini.
           
“OK Husna, kerja elok-elok ya. Abang balik dulu! Jumpa kat rumah!” Fahmi melambai saat dia meminta diri dari aku dan Sally membuatkan mataku membuntang mendengarkan kata-katanya itu.
            “Yelah, yelah! Pergi balik!” aku bersuara cepat-cepat, tidak mahu Fahmi berlama lagi di situ. Saat Fahmi hilang dari pandangan, aku kembali berkalih ke meja, mahu menghabiskan nasiku yang masih belum banyak yang luak.
            “Rumah? Dia tinggal dekat rumah kau ke?”
Uhuk! soalan Sally itu buatkan aku tersedak dan hampir saja tercekik tulang ikan cencaru ni. Haih! Memang nak kena sungguh minah ni.
“Kau gila ke apa? Ingat aku tak tahu halal haram ke?” aku membentak.
“Eh manalah tahu, kot dia tu sepupu kau ke, anak saudara ke, bau-bau bacang ke, tumpang rumah kau kejap.”
“Tak kuasa aku nak tumpangkan lelaki dekat rumah sewa aku tu. Kau gila ke apa? Nak aku kena serbu pejabat agama?”
“Habis tu kenapa dia cakap jumpa kat rumah? Hah jawab-jawab.” Aku diam seketika, susah betul nak puaskan hati Sally ni. Selagi tak dapat jawapan, selagi tulah dia mendesak.
“Dia anak saudara jiran sebelah rumah akulah. Baru datang KL, tumpang rumah mak saudara dia tu.”
“Oh ini kes bercinta dengan jiranlah ye. Macam dalam novel je kau ni.” Sally ketawa.
“Kau jangan nak merepek ya. Tak ingin langsung aku nak bercinta dengan mamat muka selenga macam tu.”
“Ish tak baik kau ni, Fatih. Dah orang nak tu, kau terima sajalah. Janganlah nak tolak rezeki, esok-esok tak sampai jodoh dah baru padan muka kau.”
“Amboi sedapnya mulut kau. Kau tu pun belum ada calon, bising pasal aku pulak.” Aku mengomel, sungguh tak puas hati.
“Eh siapa cakap aku tak ada calon? Tu bos baru kita, Encik Aydan tu calon akulah. Wajah segak macam tu haruslah dipadankan dengan insan semanis aku.” Sally bersuara tanpa teragak-agak sebelum ketawa.
“Eii perasanlah kau ni, Sally. Malas aku nak layan kau.” Aku kembali fokus kepada juadahku di hadapan mata. Bercakap dengan Sally, sampai habis waktu pejabat pun belum tentu aku habis makan.
“Tapi tak sangka, dalam masa beberapa minit ni macam-macam rahsia kau aku dapat tahu. Tak sangka kau dah ada boyfriend ya. Apa kau panggil dia? Mamat muka selenga?” Sally ketawa lagi membuatkan hatiku terasa sebal.
“Diamlah, Sally. Kau jangan sesekali nak sebarkan benda tak betul tu dekat office eh? Kalau aku tahu kau sebarkan fitnah ni siap kau!” aku memberi amaran keras. Geram dengan perangai Sally yang asyik ketawakan aku dari tadi. Kalau nak sebarkan gosip pasal aku dengan Encik Aydan tak apalah juga. Ini dengan mamat muka selenga tu? Hesy nauzubillah!


Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!