Bab 4
Buah keranji
dalam peti, untuk santapan sang putera,
Rasa macam dah
jatuh hati, adakah ini namanya cinta?
AKU membuka pintu rumah dengan malas, pintu grill kubuka sambil
menahan kuap. Mataku kugosok perlahan, rasa mengantuk masih menguasai diri.
Lepas terjaga pukul empat semalam, aku terus tak boleh tidur. Apalagi, mulalah
aku melayan drama Korea di laptopku sampai ke pagi. Pagi ini baru rasa
mengantuk yang teramat. Ini salah Min Ho!
“Assalammualaikum!” suara garau dan sedikit nyaring itu menerjah
telingaku macam petir yang menyambar. Lekas aku mengurut dada, terperanjat. Wajah
di hadapanku itu kupandang dengan mata membuntang. Geram pun ada, sebal pun
ada, rasa macam nak seligi saja mamat ni!
“Waalaikumussalam.” aku membalas acuh tak acuh sambil menyarung kasut
yang baru diambil dari atas rak kasut sebelah pintu tadi.
“Nak pergi kerja ke kak?” Aku menoleh dengan kening terangkat.
Sudah geharu cendana pula mamat ni!
“Tak. Nak pergi tengok wayang.”
“Nak ikut!” dia sengih.
“Ish! Dah pagi-pagi macam ni, mestilah nak pergi kerja.” aku
membentak. Kalau tak kacau hidup aku sehari, tak boleh ke? Baru je dia datang
sini tapi dah buat hidup aku huru-hara macam ni.
“Aih, bergurau pulak....” jejaka itu menyengih lagi, menampakkan
gigi taringnya.
“Dah-dah, saya dah lambat ni.”
“Eh saya pun nak keluar ni, marilah pergi sekali.” Dia tersengih,
serius saja bunyi ajakannya.
Aku pandang mamat itu atas bawah. Memang dia sudah berpakaian
kemas, kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar slack. Kalau
tengok dari bawah sampai paras leher saja, nampaklah machonya, tapi bila
pandang wajahnya, aduh buat spoil mood
betul! Baru saja aku nak berangankan Lee Min Ho yang sedang berdiri di
hadapanku, sebab ketinggian mamat ini memang lebih kurang ketinggian
jejaka-jejaka korea. Tinggi model orang kata.
“Naik apa?” sengaja aku menduga.
“Motosikal saya la.”
“Ish tak ingin!” aku mencebik. Tak kuasa aku nak naik motosikal mamat
ni. Buat malu orang aja. Ok berangan Fatihah, bila masa yang kau wajib naik
dengan dia? Tak tahu halal haram? Kereta kau tu nak campak mana?
“Dahlah, saya dah lambat.” aku meminta diri. Makin lama dilayan
mamat ni, makin lambat aku ke tempat kerja.
“Eh kak. Semalam... nasi ayam tu... terima kasih! Banyak betul akak
letak, sampai ke malam saya makan nasi ayam tu. Kenyang! Sedap sangat!” dia
mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Aku terdiam, mengingati kisah semalam.
Nasib juga aku bagi kepada mamat ni, sebab Hajar balik lepas dia makan malam
dengan Faiz. Kalau tak, membazir saja aku buat nasi ayam tu semalam. Aku
seorang mana mampu nak habiskan semua.
“Yelah, sama-sama. Dah, saya nak pergi kerja.”
“Ok. Tata!” dia melambai, namun aku hanya buat tak nampak. Langkahku
kucepatkan, takut mamat muka selenga itu mengikut aku.
AKU memarkir keretaku di tempat letak kereta bersebelahan bangunan
Menara Awan, tempatku bekerja. Mujur tak terlewat sampai dek kerana halangan
besar yang menanti saat hendak ke tempat kerja tadi, mamat berwajah selenga
itu.
Mamat muka selenga.
Ya, dia!
Hah! Mamat muka selenga! aku tersentak, saat wajah itu terjongol di
cermin tingkap kereta. Halusinasikah ini? Aku merenung wajah itu sekali lagi,
wajah itu tersengih seraya mengetuk cermin tingkapku.
“Awak!” aku hampir menjerit saat cermin tingkap kereta diturunkan.
Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, aku ditakdirkan untuk
bertemu mamat ni sekali lagi. Tak ada tempat lain ke lelaki seorang ni nak
pergi? Argh tolonglah!
“Eh kak! Tak sangka jumpa dekat sini pulak kan?” Fahmi menyeringai
suka.
“Saya bukan kakak awaklah. Nama saya Fatihah! Nur Fatihah Husna! Saya
baru dua puluh tiga tahun. Awak mesti lagi tua dari saya kan? Jadi jangan
panggil saya kakak. Faham?”
“Oh sorry. Husna buat apa
dekat sini? Kerja sini ke?”
Husna? Aduh selamba badak je dia panggil aku macam tu. Sejak bila
pulak orang panggil aku Husna?
“Panggil saya Fatihah la, tak pun Fatih.”
“Ala tak kisahlah. Nama Husna kan lembut je bunyinya. Saya suka.”
Sengih lagi macam tak ada trademark
lain nak tunjuk. Hesy mamat ni!
“Gelilah!” aku mencebik, serius tidak suka dipanggil Husna. Sejak
kecil aku dipanggil Fatihah atau Fatih saja. Tak pernah lagi yang ada
memanggilku Husna, memandai je mamat sorang ni tau! Tak brutal la orang macam aku
ni dipanggil Husna. Ewah, brutal sangat la kau, Cik Fatihah oi!
“Abang ada temuduga. Husna pulak buat apa kat sini? Kerja ke?”
Aku tergamam. Wajah di hadapan aku itu aku pandang semula. Abang?
Ini dah geli berganda dah ni. Tadi panggil aku Husna, panggilan yang sangat
keperempuanan, sekarang bahasakan diri dia sendiri pulak abang. Choi! Takkanlah
sebab aku beritahu dia umur aku, terus status kami bertukar dari aku jadi
kakak, terus sekarang dia pulak jadi abang. Haih! Macam-macam betullah mamat
ni!
“Husna?” suaranya yang memecah gegendang telinga buatkan aku
kembali tersedar.
“Ya...” datar saja aku menjawab sambil mengerling jam di
tangan.
“Ya Allah! Kerjaaa! Dah-dah jangan kacau saya, saya dah lambat ni!”
aku terkocoh-kocoh menanggalkan tali pinggang keledar sebelum melangkah keluar
dari kereta. Langkah kulajukan supaya aku sempat sampai ke pejabat sebelum waktu
kerja bermula, kalau tidak, merahlah punch
card nanti! Aku langsung tak berpaling ke belakang, takut mamat itu
mengekori aku lagi.
Haih! Kenapalah aku kena terjumpa dia ni lagi? Tadi dah hadap dia
dah, lepas tu kena hadap dia lagi sampai terlambat aku nak masuk office ni. Kenapalah aku yang harus jadi
mangsa. Oh kejam sungguh dunia! Why why!
“FATIH, bos panggil.” Tak sempat punggung aku mencecah kerusi, Kak
Lisa, pembantu peribadi bos sudah memanggil. Aku mengangkat kening, tanda
menyoal Kak Lisa, namun Kak Lisa hanya membalas dengan gelengan. Nak kata aku
terlambat masuk, tepat-tepat aku punch
card tadi. Apa pulak salah aku kali ni? Aduh!
“Ada apa Dato’ panggil saya?” lekas aku menyoal Dato’ Said saat membuka
pintu biliknya. Siapa tak kenal Dato’ Said yang tegas itu, kalau diberi arahan
untuk berjumpa dengannya, haruslah pantas dilaksanakan sebelum bos aku ini
mengamuk satu pejabat.
“Oh Fatihah, mari sini. Saya nak kenalkan dengan seseorang.” Dato’
Said tersenyum dari tempat duduknya. Seorang jejaka sedang duduk menghadap Dato
Said dan membelakangi aku.
‘Aik. Macam kenal saja. Takkanlah dia lagi...’ aku menebak sendiri
dalam hati.
“Kenalkan...” Aku tergamam.
Ini anak saya...” jejaka itu menoleh memandang ke arahku. Aku
terkesima, lutut dah jadi longlai. Rasa macam dah tak berpijak di bumi yang
nyata.
“Aydan Danial Dato’ Said.” Dia memperkenalkan dirinya sambil
menghulur tangan padaku. Aku cuma tersenyum tanpa membalas huluran tangannya.
Bukan hendak bersikap biadab tapi kami kan bukan mahram. Aku ni walaupun kerja
di persekitaran yang serba moden, tapi aku ingat lagi hukum-hakam.
“Anak saya baru saja habis pengajiannya di Australia jadi sekarang
dia akan membantu saya menguruskan syarikat. Saya nak awak bantu Aydan biasakan
diri dengan persekitaran kerja dan bantu dia apa yang patut, ok?” Dato’ Said
tegas memberi arahan buatkan aku lekas mengangguk laju.
“Baik Dato’. Saya akan bantu apa yang termampu.”
“Bagus, Fatihah.” Dato’ Said memandang anaknya semula.
“Aydan, Fatihah ni setiausaha
papa, dia boleh bantu Aydan untuk sesuaikan diri dekat sini. Papa mahu Aydan
belajar semua selok belok business
kita supaya papa boleh serahkan syarikat ni kepada Aydan dengan rasa senang
hati nanti. Kalau ada apa nak tanya, Aydan tanya saja pada Fatihah, ok.”
“Ok, got it papa.” Aydan
memandang aku semula sebelum mengukir senyum. Masya-Allah, manisnya! Tolong
jangan senyum lebar sangat, nanti aku kena kencing manis! Aduh!
AKU keluar dari bilik Dato’ Said dengan senyuman tak lekang. Macam
mana tak senyum kalau anak bos aku itu irasnya macam hero pujaan hatiku, Lee
Min Ho. Aduh! Tak sangka dalam Malaysia ni ada juga lelaki Melayu berwajah
Korea kan. Untungnya aku dapat jumpa seorang. Haha. Patutlah aku tengok Dato’
Said itu segak orangnya walaupun dah berusia, rupanya anaknya pun bukan main
kacak lagi.
Ok stop it Fatihah! Kau
dok menggatal ni kenapa? Please control
yourself. Cuba jaga sikit penampilan diri tu, tudung dah litup tapi
perangai tu tak semenggah. Hesy! Kepalaku kuketuk selepas menasihati diriku
sendiri.
Tapi, tadi mati-mati aku ingat si mamat muka selenga yang duduk di
hadapan Dato’ Said itu sebab dari belakang memang sebijik macam dia, tingginya,
rambutnya semuanya sama. Nasib baik bila berpusing orangnya tak sama. Malah
jauh panggang dari api. Yang ini segak bukan main, yang itu... errr malas nak
cakap. Ish kenapa dalam keadaan macam ni pun aku nak terfikir pasal mamat muka
selenga itu. Aduh!
“Pinky lady!” Aku
tersentak saat mendengar panggilan itu. Siapa pulak yang memanggil aku dengan
panggilan sebegitu? Mentang-mentanglah hari ini tudung merah jambu fuschia aku
ni menyerlah lain macam. Aku berpaling dengan rasa ingin tahu.
Erk! Encik Aydan sedang tersenyum padaku. Alamak... jangan cair,
Fatihah. Jangan cair!
“Fatihah kan?” dia menyoal lagi. Lupalah tu.
“Err ya, Encik Aydan.”
“I need all documents for our
upcoming projects. You cari dan letak atas meja I nanti ya? I want to do some revision.”
“Ok Encik Aydan.” Aku mengangguk. Fuhhh speaking berhabuk. Risau aku, dah la aku ni tergagap sikit kalau
nak bercakap dalam bahasa Inggeris. Kalau bahasa Korea tu oklah sikit. Haha
perasan kau Fatih!
Sebaik Encik Aydan berlalu dari tempatku, tak semena-mena meja aku
diserbu Sally dan Shima yang kelihatan teruja, ingin tahu gerangan siapakah
lelaki kacak yang mencemar duli masuk ke pejabat ini hari ini.
“Siapa tu Fatihah? Kacaknya aku tengok!” Sally sudah mula keluar
miangnya sama seperti bila ada klien lelaki yang segak-segak datang ke pejabat
kami.
“Jangan menggatal nak cuba dia, Sally. Itu anak Dato’ Said, ok.”
Aku memberi amaran sebab bukan boleh kira si Sally ni, karang tak pasal dia
pergi goda Encik Aydan tu.
“Wah anak bos ke? Lagilah aku nak!” Sally sudah bersuara dengan
nada teruja. Meliuk lentuk tubuhnya saat itu dah macam ular kena palu.
“Jangan berani-berani kau nak cuba dia eh?” aku memberi amaran yang
berbaur kekerasan kali ini. Biarlah mereka takut sikit.
“Amboi bagi amaran nampak. Nampak sangat yang kau pun nak try dia, kan Fatih?” Shima cuba menebak
hati aku. Haish macam mana dia tahu ni? hehe.
“Mana ada, aku tak nak kau orang buat yang bukan-bukan. Dia kan anak
bos kita.”
“Tapi untunglah kau, Fatih.”
“Untung?” keningku sedikit terjongket, tidak mengerti.
“Yelah. Kau dapatlah selalu berurusan dengan anak bos kita tu. Kau
kan setiausaha bapak dia.”
“Bagus kau highlight
benda tu. Jadi biar aku terangkan lagi sekali, aku ni setiausaha Dato’ Said,
bukan anak dia.” Aku bingkas bangun dari mejaku, menuju ke kabinet fail. Dari
melayan dua orang minah ketandusan kasih sayang ni, baiklah aku cepat-cepat
cari fail-fail yang Encik Aydan minta. Kalau aku lambat karang, aku juga yang
kena bukannya dia orang.
“ENCIK Aydan.” Aku bersuara saat membuka pintu biliknya usai
mengetuk pintu. Encik Aydan yang sedang khusyuk memandang skrin komputernya
pantas berpaling memandangku.
“Oh, Cik Fatihah.
Ada apa?” dia senyum. Masya-Allah, indah sungguh. Macam ini, hari-hari kerja
pun tak apa.
“Err ini fail-fail
yang Encik Aydan mintak.” Aku menghulurkan fail-fail itu kepadanya sebelum
kembali berdiri tegak di hadapan jejaka itu.
“Ok. Terima kasih,
nanti ada apa-apa I panggil ya.”
“Baik, Encik
Aydan. Saya minta diri dulu.” Encik Aydan sekadar mengangguk sebelum mencapai
salah satu fail yang aku bawa tadi.
“Oh one more thing...” belum sempat aku
melangkah keluar sebaik membuka pintu bilik itu, Encik Aydan tiba-tiba saja
bersuara.
“Ya, Encik Aydan.”
“I belum ada
setiausaha, jadi papa minta you yang jadi setiausaha I. Lisa akan tolong handle kerja you untuk papa nanti. Ok?”
aku tergamam mendengar kata-kata Encik Aydan. Tuah apakah ini? Baru saja aku
katakan kepada mereka yang aku ini bukan setiausaha Encik Aydan, tiba-tiba saja
jejaka ini memberi perkhabaran gembira sebegini? Aduh rasa nak menjerit saja.
“Ok, Encik Aydan.
Boleh saja.” Aku membalas dengan tenang walaupun dalam hati dah bersorak
gembira.
“Ok. You may go.” Aku sekadar mengangguk
mendengar arahan Encik Aydan dan bergegas keluar dari biliknya.
Suka? =)
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!