“DAH lewat ni, tak nak balik ke?” aku menyoal
Andra yang sedang bersandar di kereta abah, malam itu. Dia tengah merenung
bintang di langit gamaknya, khusyuk semacam je. Emak dengan abah awal-awal lagi
dah masuk tidur. Adik aku, Ayie sampai sekarang masih belum nampak batang
hidung, lepak dengan kawan-kawan dialah tu.
“Saya tidur sini tak boleh ke?”
“Baliklah.
Rumah awak dekat depan sana je pun.” Aku menjuihkan bibirku menunjuk ke arah
rumah banglo mewah yang bisa kelihatan daripada rumahku ini.
“Malaslah.”
Dia mengeluh perlahan namun aku masih dapat dengar dengan jelas.
“Awak
dengan mama awak masih macam tu ke?”
“Always.”
Terdengar keluhan lagi daripada bibir kecilnya.
“Saya
minta maaf pasal tadi, saya tak patut cakap macam tu sedangkan hubungan awak
dengan mama awak...”
“Tak
apa. Tak payahlah cakap pasal tu.” Dia tersenyum perisa tawar.
“Dah
lama kan kita tak jumpa. Saya rasa ada dekat setahun.” Dia cepat-cepat mengalih
topik, tidak mahu aku terus-terusan bercakap tentang mama dia gamaknya.
“Haah.
Lama. Awak selalu datang sini kan? Cuma kita je tak berselisih.”
“Iyalah
orang tu sibuk kerja, mana ada peluang nak jumpa.”
“Lepas
ni saya tak sibuk dah.” Aku bersuara sendiri sambil merenung bulan yang suram
di langit.
“Apa?”
“Tak ada apa-apa.” Aku menghela nafas yang
mula menyesak dada sebelum berpaling memandang Andra di sisi.
“Saya masuk dululah ya? Mengantuk. Nak tidur.”
Aku meminta diri sambil tersenyum.
“Alah temankanlah saya dekat sini. Saya nak
lepak dekat sini dulu.”
“Hesy, tak nak saya. Tak elok tau orang tengok
saya dengan awak macam ni. Walaupun awak tu lawa, kalahkan anak dara tapi awak
tetap lelaki ye. Sedar sikit. Dah, pergi balik rumah awak.” Aku memerli, biar
sentap sampai tulang hitam.
Dia
ketawa kecil sebelum matanya menyorot ke arah rumahnya di depan sana.
“Kejap
lagilah saya balik, saya balik lewat pun bukan ada orang kesah. Awak dah
mengantuk, pergilah masuk. Selamat malam.”
“Iyalah.
Selamat malam.” Aku membalas kata-katanya sambil sempat memerhati banglo besar
itu yang tampak bergemerlapan tetapi hati seorang anak di sini kelihatan malap.
Bunyi
enjin motosikal yang semakin kuat membuatkan aku tak jadi melangkah masuk ke
dalam rumah dan sibuk memerhati ke luar. Sah, Ayie yang pulang seperti
telahanku.
“Pewit,
dating ya?” Dia tersengih, sempat mengusik sebaik topi keledar di
kepalanya dia tanggalkan.
“Dating
wak lu! Ni pukul berapa baru kau balik ni?” Aku acah-acah kakak garang.
“Alah
kak, aku lepak gerai burger dengan kawan-kawan tadi. Ni aku ada beli burger lebih.
Nak tak?” Dia tersengih. Nak bodeklah tu.
“Hmmm.
Bawak masuk dalam.” Aku mencebik, konon jual mahal. Tapi siapa tak nak burger
tepi jalan hoi! Rezeki jangan ditolak. Haha.
“Ara
tidur sini ke malam ni?” aku terdengar Ayie menyoal. Tapi siapa Ara?
“Tak.
Kakak kamu halau balik.” Andra buat muka sedih.
“Woi apa panggil Ara? Andra la! Lebih tepat, abang
Andra!” aku mencekak pinggang di hadapan Ayie sebaik jelas dengan keadaan
sebenar.
“Alah, dia yang suruh panggil gitu. Aku ikut
je kak.”
Aku berpaling memandang Andra yang sedang tersenyum.
Hesy rasa nak lempang je tengok senyuman dia tu.
“Nama sedap-sedap Andra, tak payah memandai
ubah jadi nama perempuan pulak.”
“Sedap apa nama Ara tu.” Andra membela diri.
“Sedap, tapi bukan untuk awak.” Aku menjuihkan
bibir.
Dia sekadar memandang aku dengan wajah pasrah,
takutlah tu nak melawan.
“Dah, awak pergilah balik. Dah lewat dah ni, mama
awak mesti dah tidur tu.” Aku bersuara sambil mengerling ke arah banglo yang
sudah suram tanpa cahaya menandakan isi rumahnya sudah beradu. Memahami apa
yang dia harapkan tika itu.
Pandangan mata Andra menyorot ke arah rumahnya
sebelum dia berpaling memandang aku dengan senyuman yang tawar. Nafasnya
kedengaran dihela berat.
“Yelah, selamat malam Ayesha, Ayie.” Andra
bersuara dengan nada datar sebelum melangkah keluar dari pagar rumahku. Dia membolos
masuk ke dalam Volkswagen warna merah jambunya yang diparkir di tepi pagar.
Macam manalah aku tak sedar keretanya ada
terparkir dekat luar siang tadi. Kalau aku nampak kereta warna striking
macam tu, memang aku tahulah dia yang datang rumah. Tak adalah aku sampai
tersilap tuduh abah ada skandal segala.
Tapi hairan betul, dalam banyak-banyak warna
kereta, warna merah jambu jugak yang dia boleh pilih, jambu habis! Kereta MYVI
biru aku lagi nampak jantan rasanya.
Kereta itu memecut laju seketika kemudian,
membuatkan aku menarik nafas lega, hilang satu masalah.
“Nasib baik Ara...”
“Andra!” aku menjeling ke arah Ayie,
membetulkan ayatnya.
“Okay, nasib baik Andra balik rumah dia. Kalau
tak, tak tahu kau nak tidur mana kak.”
“Kenapa pulak?” Aku mengerutkan dahi, tidak
mengerti.
“Yelah, selalu kan Andra tidur bilik kau.”
“What?” mataku membuntang.
“Kau biar betul, dik.” Aku tidak mahu percaya.
Lelaki tidur bilik aku? Walaupun dia tu lembut tapi dia tetap seorang lelaki
bagi aku. L.E.L.A.K.I! Haih mimpi ngeri aku malam ni bayangkan katil aku dah
pernah dinodai seorang lelaki. Bencinya!
“Betullah. Tak percaya tanya emak.” Ayie menjuihkan
bibirnya.
“Kenapa tak tidur bilik kau je?” aku tidak
puas hati.
“Takkan
nak tidur bilik aku, kak? Kau tengoklah dia macam mana. Kalau aku okay pun emak
takkan kasi punya.” Ayie tersengih. Iya tak iya jugak, takkan emak nak benarkan
Andra tidur dengan Ayie. Bilik lain semua dah berpenghuni kecuali bilik aku
kalau aku tak balik. Hesy!
“Tapi tak bermaksud dia kena tidur bilik aku. Suruh
ajelah dia tidur dekat luar tu, tak pun balik je tidur rumah dia. Hesy emak
ni!” Aku mendengus tidak puas hati. Ayie cuma mampu mengangkat bahunya sebelum
berlalu masuk ke dalam rumah.
Emak
sayang sangat dekat Andra tu, sampai tak fikir pasal anak dia sendiri kan?
Mentang-mentanglah dia jadi pengasuh Andra tu sedari kecil. Aku mencebik
sebelum ikut melangkah masuk ke dalam rumah.
Suka? =)
Kena ada button next chapter dekat bawah setiap bab,
ReplyDeletepembaca tak perlu pergi ke atas semula :)