~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Saturday, January 27, 2018

Novel: Jodohku Jejaka Jelita bab 6



ANDRA tersenyum depan aku saat aku datang membuka pintu rumah sebaik terdengar bunyi loceng ditekan tadi. Aku yang sudah bersiap-siap mengenakan baju kurung kapas warna cream berbunga merah jambu kecil dan bertudung merah jambu sekadar buat muka toya kepadanya.
            “Cantik awak hari ni.” dia memuji membuatkan mataku sedikit membesar. Terkejut kena puji okay! Aku tahulah warna merah jambu warna kegemaran dia berdasarkan warna kereta dia yang terang gila tu. Tapi takkanlah sebab itu terus dia nampak aku ni cantik? Lawak betul dia ni.
            “Awak pun cantik hari ni.” aku tersenyum mengejek membuatkan dia ketawa kecil.
            Iyalah, macam mana aku tak cakap dia cantik? Ada ke patut dia nak pergi majlis pertunangan pakai baju macam ni?
“Kenapa awak tak pakai baju melayu?” aku memeluk lengan, tanda tidak puas hati.
“Ni baju melayulah ni. Baju melayu Johor.” Dia mempertahankan dirinya.
“Ini bukan baju melayu Johor kalau begini, dah macam baju kurung Kedah saya tengok ni.” Dahi aku berkerut memandang gayanya.
Baju melayu Johor warna ungu yang dia cakapkan itu, jenis fit dan dia tuck in ke dalam seluar panjang hitamnya yang besar di bahagian bawah, ala-ala bell bottom dan dipadankan dengan kasut but hitam yang boleh tahan tinggi tapaknya padahal dia dah cukup tinggi. Kenapalah gaya ala-ala perempuan jugak yang dia pilih? Ke dia pakai apapun akan jadi gaya perempuan? Dahlah rambut panjang dia tu diikat tocang tinggi. Hesy jejaka jelita seorang nilah! Insecure aku jadinya.
“Awak tak ada seluar lain?” aku masih tidak puas hati.
“Tak bawak.” Dia tersengih.
Aku pandang dia atas bawah sambil memikir sendiri sebelum aku berpaling ke belakang.
“Ayie!” aku memanggil Ayie yang masih bersiap di dalam bilik.
“Apa?” Ayie menyoal saat kepalanya tersembul dari pintu biliknya.
“Kau ada seluar slack yang elok sikit tak, ni bagi abang Andra pinjam. Kau dengan dia tinggi lebih kurang je kan.”
“Eh tak apalah, saya okay macam ni.” Dia laju menolak membuatkan mataku terjegil memandangnya.
“Saya yang tak okay. Sakit mata. Kalau awak tak nak tukar, saya tak nak pergi.” Aku mencebik membuatkan Andra tergamam.
“Yelah-yelah, saya tukar.” Dia akur dan bingkas masuk ke dalam bilik Ayie.
“Macam-macamlah kamu ni kakak, kesian Andra tu.” Emak yang baru keluar dari bilik, terus menegur perbuatanku.
Aku tersengih.
“Alah, biarlah emak. Sampai bila nak biar dia pakai ala-ala perempuan gitu. Walaupun dia tak pakai skirt terus, tapi pakaian dia tu tetap nampak macam perempuan, emak. Kakak nak ubah gaya dia sikit biar nampak lelakinya.”
“Pandailah kamu, kakak. Kamu nak ubah gaya orang yang memang dah arif bab gaya?”
“Hah? Apa?” aku tidak mengerti.
“Tak ada apa-apalah. Dah, emak nak siram pokok dekat luar kejap. Cepat sikit keluar.” Emak bersuara sebelum membawa langkahnya keluar rumah tanpa menjawab persoalanku tadi.

“HAH, macam ni baru betul lelaki.” Aku memuji saat memandang Andra atas bawah, seluarnya sudah ditukar kepada seluar slack Ayie yang berpotongan lurus dan bajunya sudah tidak diselit ke dalam seluarnya lagi.
“Baju tu tak payah tuck in dah, lepas tu ambik songkok ni, pakai.” Aku menyerahkan songkok yang aku pinjam daripada Ayie sebentar tadi kepada Andra. Andra memandang songkok itu lama sebelum mengambilnya tanpa banyak bunyi dan menyarungkan ke kepalanya sambil membetulkan kedudukan tocang rambutnya supaya tidak menganggu songkok tersebut.
            “Macam mana? Okay tak?” dia menyoal sebaik berpuas hati dengan keadaan songkok itu.
Aku tergamam seminit sebaik melihat gayanya yang baru itu. Aduh kacaknya bila dia pakai macam ni, barulah nampak lelakinya. Eh okay, apa yang kau fikir ni Ayesha?
            “Dah siap belum? Cepatlah nanti lambat kita.” Suara emak memanggil daripada luar membuatkan aku lekas keluar tanpa berkata apa kepada Andra. Terkedu beb!

AKU tercengang sebaik kereta berhenti di hadapan sebuah dewan yang gah. Aku tahu dewan ini selalu disewa untuk majlis-majlis perkahwinan orang kenamaan dan artis terkenal, tetapi ini majlis pertunangan saja kot, apakehalnya buat sampai dekat dewan? Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
            “Ini majlis tunang ke majlis kahwin, emak?” soal aku kepada emak yang duduk di belakang bersama aku dan Ayie. Abah pula duduk di hadapan bersebelahan Andra yang memandu tadi.
            “Majlis tunanglah. Kamu jangan tak tahu, bakal tunang Indra tu pelakon drama yang emak tengok dekat tv semalam tulah.”
            “Hah, pelakon drama?”
            “Iya, nanti kamu tolong tangkapkan gambar emak dengan dia tau.” Emak bersuara teruja. Patutlah seronok benar nak ke majlis pertunangan ni, rupanya nak jumpa pelakon pujaan. Heh!
            “Tapi macam mana Indra yang sibuk sebagai doktor tu boleh jumpa pelakon terkenal pulak? Tak nampak kaitan di situ kecuali pelakon tu pernah masuk hospital. Pernah ke?” aku menyoal ingin tahu, walaupun soalan aku itu tidaklah sepenting soalan KBAT di dalam peperiksaan PT3.
            “Hesy, sudahlah. Jom masuk! Tu Aunty Zahirah dengan Indra dah turun dah dari kereta dia orang.” Emak bergegas keluar tanpa menjawab persoalan aku. Emak menghampiri Aunty Zahirah dan mula berjalan beriringan dengan mama Andra dan Indra itu.
            Aku sekadar berjalan lambat-lambat, tidak rasa teruja hendak menghadiri majlis tersebut.
            “Aliyah tu kenalan saya.” Andra yang entah bila berada di belakang aku tiba-tiba bersuara dekat dengan telinga membuatkan aku sedikit terkejut. Aku lekas menjarakkan diri kami semula, tidak selesa terlalu rapat dengan dia.
            “Oh macam tu, kira awak macam telangkainyalah ya?”
            “Telangkai? Telangkai tu apa?”
            Aku berpaling ke tepi. Haih telangkai pun tak tahu dia ni.
            “Ala-ala cupid tu, matchmaker.” Aku menjawab selamba sebelum bergerak laju mengekori langkah emak yang makin pantas di hadapan. Abah dan Ayie ikut membontoti emak, meninggalkan aku dan Andra beriringan di belakang ni.

            “Taklah, saya tak buat apapun. Aliyah yang berkenan sendiri dengan Indra.” Andra menjelaskan walaupun aku tak perlu tahu pun secara terperinci kisah percintaan mereka. Tak ada hati nak tahu kisah cinta orang lain di saat kisah cinta aku sendiri berkecai. Ceh Ayesha, emosi sungguh kau ni!

Suka? =)

1 comment:

  1. Tak sabar nak tahu macam mana pulak kisah cinta Ayesha & Andra bermula. Hehehe :) Keep it up AK!

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!