~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Sunday, April 17, 2016

Novel : Mamat Muka Selenga bab 15



Burung merpati terbang melayang,
Marah itu tanda sayang?
AKU meletakkan bungkusan moi sup di atas meja malam itu, sebaik aku pulang dari kerja. Kelibat Hajar tidak aku temui di ruang tamu membuatkan aku lekas mencarinya di dalam bilik, risau kalau-kalau sakitnya semakin melarat.
            Sebaik membuka pintu, aku lihat Hajar sedang bergayut di telefon sambil ketawa riang. Ini tak ada lain, bergayut dengan Faizlah tu. Dari gaya gelaknya tu, nampak macam dah sihat sikit jadi tak perlulah aku risau sangat. Aku kembali menutup pintu biliknya dan berlalu ke meja makan.
Perut dah berkeroncong dari tadi tapi apa nak buat, kerja bertimbun di pejabat membuatkan aku tersangkut sampai pukul lapan malam di sana. Lepas solat Maghrib, terus aku pecut ke kedai makan dan balik rumah. Badan dah letih tahap tak tahu nak cakap, lepas makan dan solat Isyak ni memang sahlah aku hanyut atas katil. Penat yang amat!
“Baru balik, Fatih?” Hajar menyoal sambil mengikat rambutnya yang sudah berseronyeh. Aku menggangguk lemah, tanda penat sambil buat muka kesian.
“Encik Aydan tu kerah betul tenaga aku sampai bagi macam-macam kerja. Yang dia tu seronok je balik awal sambil berkepit dengan perempuan.” Aku mengomel sambil mulutku sudah menyuap moi sup ke mulut.
“Amboi marah dengan buah hati nampak?” Hajar tersenyum simpul sambil mengambil duduk di sebelahku. Aku tersengih mendengar perkataan buah hati itu, sejuk pulak hati ini. Haha.
“Mana ada marah. Geram je. Eh kau tu dah ok ke? Sorry beb, aku lambat balik. Hari ni jugak kerja aku nak banyak macam ni.” Aku rasa bersalah, sepatutnya masa Hajar demam begini, aku kena balik awal.
“Tak apa, aku dah rasa sihat sikit dah. Lepas makan ubat klinik tu, suhu aku dah turun. Serasi pulak aku dengan ubat klinik.” Hajar bersuara dengan wajahnya yang ceria. Lega hatiku tengok dia kembali bertenaga macam selalu.
“Yelah. Kenalah serasi, kena cepat baik. Orang nak kahwin ni tak boleh sakit lama-lama. Nanti masa kahwin tak berseri.”
“Eh ye ke macam tu?”
“Lebih kuranglah.” Aku ketawa membuatkan Hajar ikut ketawa.
“Eh kau cakap tadi, bos kau tu berkepit dengan perempuan kan? Playboy ke dia tu?” Hajar tiba-tiba menyoal setelah ketawanya terlerai. Aku jadi terkedu mendengarkan soalan yang terpacul dari mulut Hajar itu.
“Ya. Lebih kuranglah Hajar, kejap dengan perempuan ni, kejap dengan yang itu. Wajah kacak dan kaya ni, wajib jadi playboy ke? Sekali pakej ke apa? Menyampah aku.”
“Sebab tulah jangan memilih sangat, Fatih. Yang kacak handsome bergaya tu tak semestinya baik. Aku dari saat kau tunjuk hari tu pun aku dah rasa tak suka.”
“Aik kau pun dah terjangkit dengan aku? Tengok kali pertama pun dah meluat gila-gila?” Hajar ketawa, tahu apa yang aku maksudkan. Sama kes aku dengan Fahmi walaupun aku tak tahu apa salah Fahmi pada aku waktu tu. Mungkin cuma sebab dia tak berapa nak handsome, muka dia selenga. Haha.
“Aah lebih kurang kes kaulah. Tapi aku ni tak suka pun ada alibi yang kukuh. Aku nampak dia tak pergi solat Jumaat dan sekarang kau sendiri cakap dia tu playboy. Lagilah aku menyampah dengan orang macam ni. Harap muka saja handsome. Fahmi tu lain, aku tengok dia serba serbi ok saja. Tapi kau tu  menyampah tahap dia buat dosa besar je dekat kau. Kesian dia tau.”
“Hesy sudah, makan moi sup ni, aku beli dekat kau tadi. Tak payah cakap pasal mamat muka selenga tu lagi boleh tak? Hilang selera makan aku.” aku mengomel saat menghulurkan bungkusan moi sup itu kepada Hajar. Hajar hanya tersenyum sebelum berlalu ke dapur, nak ambil mangkuk barangkali.

OH teratai bunga indah...
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah...
Mataku baru saja nak terpejam ketika suara nyaring tapi garau itu memecah kesunyian alam. Aku menekan butang unlock telefon sebelum melihat waktu yang tertera. Sudah pukul sepuluh malam namun ada orang yang buta waktu nampaknya. Haih!
Aku bingkas bangun walau mata sudah terasa berat, kalau dibiarkan memang aku tidak dapat tidur lena dengan segera. Tidakkah dia faham yang aku letih gila hari ni? Hergh!
Sebaik tudung sudah kusarung ke kepala, aku bergegas keluar dengan muka cemberut. Tahu tak, bila kita mengantuk, mood kita pun ke laut? Tahu tak?
“Eh teratai... Opps maksud abang, Husna.” dia tersengih saat melihat aku mencekak pinggang memandangnya dari depan pintu rumahku.
“Awak tahu tak sekarang pukul berapa?” aku mendengus.
“Baru pukul sepuluh. Relaks la, Husna. Malam masih muda. Meh temankan abang nyanyi.” dia menepuk bangku di sebelahnya yang masih punya ruang membuatkan hatiku bertambah sebal.
“Tak inginlah nak temankan awak main gitar buruk tu.” aku memeluk tubuhku sendiri. Desiran angin malam ni boleh tahan sejuknya.
“Ala cakap sikit pun nak marah.” Dia menyengih sambil kembali fokus memetik gitarnya namun suaranya tidak kedengaran.
“Saya dah nak tidur tahu tak? Boleh tak kalau main gitar tu esok je? Tak aman ke jiwa awak kalau tak main gitar dengan menyanyi tu sehari?”
“Bila abang main gitar pagi-pagi Husna marah, abang main malam pun Husna marah. Bila entah yang Husna tak marah?” dia memandang aku dengan wajah minta simpati.
“Bila masa saya marah?” aku julingkan mata ke atas tanda tidak puas hati.
“Tu bukan marah?” Fahmi menyoal sebelum menghela nafasnya.
“Kenapa Husna suka marah abang saja? Tu anjing rumah Uncle Ah Hong tu pun suka buat bising, anak Kak Leha yang kecik sekali tu pun suka menangis kuat-kuat, rumah Haji Yahya bawah rumah ni pun bising dok renovate, dengan abang jugak Husna nak marah kan?” dia menambah lagi membuatkan aku terdiam.
 “Memanglah saya marah kalau awak main gitar, melalak tak kena waktu. Awak kena tengok keadaan juga. Hari ni saya nak tidur awal sebab tadi penat sangat. Pukul lapan baru saya balik kerja awak tahu tak? Masa yang saya guna untuk bertekak dengan awak ni patutnya masa saya dah lena dibuai mimpi.” aku menjelaskan panjang lebar, minta dia mengerti.
“Oh maknanya abang kena tengok keadaan Husnalah ya. Baiklah lepas ni abang nak main gitar abang tanya Husna dulu ya.” Dia terhenti membelek gitarnya dan bingkas bangun dari bangku.
“Bukan itu maksud saya!” aku menjerit kecil. Geram pulak bila dia faham benda yang salah, bukan macam tu yang aku nak.
“Habis tu apa maksud, Husna?”
“Maksud saya, hari ni saja jangan main gitar dan menyanyi masa ni, saya nak rehat. Saya nak tidur awal jadi saya harap awak faham.”
“Kalau macam tu, boleh kan minta elok-elok? Bukan marah-marah abang macam tadi. Kecik hati abang.” Dia mengulum senyum membuatkan aku terkedu.
“Hmm yelah. Minta tolong jangan melalak ye malam ni, saya nak tidur awal. Terima kasih.” aku bersuara dalam keadaan canggung, sentap dengan kenyataan Fahmi tetapi benar juga kata-katanya. Aku ini belum apa-apa terus marah dia tanpa rasa was-was.
Aku berpaling membelakanginya dan membolos masuk ke dalam rumahku dengan segera. Tidak mahu berlama menghadap dia, wajah aku dah panas menahan rasa malu.
“Husna!” Belum sempat aku menutup pintu, aku terdengar dia memanggil.
“Apa?”

“Orang tua-tua cakap, marah tu tandanya sayang. Goodnite.” Mamat muka selenga mengenyit mata seraya tersengih sebelum berlalu meninggalkan bangku tempat dia selalu buat show percuma itu dan membolos masuk ke rumahnya, membiarkan aku terkedu dengan kenyataan berani mati dari dia. Herghhh!!!

---------------
Terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
Ini adalah bab terakhir yang saya masukkan di sini. Untuk membaca novel ini versi penuh, boleh dapatkan novel Mamat Muka Selenga di pasaran. 

Paling awal boleh dapatkan di PBAKL2016 Maeps pada 29 April hingga 9 Mei nanti, dan dijangka ada di kedai2 buku dan secara online di website dan apps KARYASENI pada pertengahan bulan Mei 2016 nanti.
Terima kasih sekali lagi. 😄😄😄😍😍😍😘😘😘

Suka? =)

5 comments:

  1. Serious dekah baca novel akak Aleesya ni !! Lawaknya menjadi hahahahahah Bagi saya ni novel first yang saya baca ada unsur komedi real .So , kipidap kak ! Semoga Allah murahkan rezeki akak 💕

    ReplyDelete
  2. hi saya datang singgah sini sambil follow :)

    ReplyDelete
  3. best novel ni..saya berminat nak cuba menulis..boleh saya dapatkan bantuan dlm bidang penulisan ni? contoh nya cara hantar manuskrip dan sbgainya.. sbb sy baru ingin menceburi bidang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pandai nak ajar orang tapi untuk bantu sikit2 insyaAllah boleh. nanti PM saya di fb atau insta, atau emel saya ya. alieshakirana@gmail.com

      Delete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!